Monday, August 14, 2023

PRN 2023: KESAN PADA POLITIK SABAH?

PARTI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu meneliti apa kah pengajaran yang perlu diberi perhatian berkaitan keputusan PRN 6 negeri pada 12 Ogos.

Bagi penulis, keputusan PRN2023 telah mengwujudkan polarisasi kaum yang amat ketara.

Sebelum ini penulis beberapa kali memberi pandangan, bahawa akan berlaku polarisasi kaum kerana adanya polarisasi fahaman politik.

Kesan polarisasi politik akan terwujud sistem dua parti. Maksud sistem dua parti ini, mencerminkan pemisahan rakyat menurut fahaman masing-masing.

Melihat keputusan PRN 6 negeri, dengan jelas adanya petunjuk akan wujudnya sistem dua parti di negara ini.

Apapun istilah yang digunakan, apa yang pasti parti politik di negara pada era ini ada dua blok, iaitu blok PH dan blok PN, sementara parti-parti lain, termasuk BN perlu memilih menyertai blok yang mana.

Oleh kerana kekuatan antara blok di Semenanjung hampir seimbang, maka penentu adalah parti-parti lain di Sabah dan Sarawak yang dirujuk sebagai blok Borneo.

Kawasan parlimen yang ada lah 222, daripada jumlah ini, terbanyak di Semenanjung, iaitu 165, manakala di Sabah dan Sarawak termasuk WP Labuan sebanyak 57. Daripada 57 ini, 31 kawasan parlimen di sarawak, dan 26 di Sabah.

Rekod PRU15, di Semenanjung, daripada 165, PH dan PN masing-masing berkongsi sama banyak iaitu 71 kawasan parlimen, manakala baki 23 dikuasai BN.

Oleh kerana keperluan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan yang memerlukan sekurang-kurangnya 112/222, maka mana-mana blok di Semenanjung tidak berkeupayaan membentuk kerajaan, melainkan perlu sokongan daripada parti-parti daripada Blok Borneo.

Oleh kerana senario politik di Semenanjung, boleh diwakili oleh keputusan PRN 6 Negeri, maka parti Blok Borneo khususnya GRS perlu meneliti dengan cermat keputusan PRN2023.

PASCA PRU15, dan Langkah Kinabalu yang tidak menjadi, GRS kini bersama PH sebagai peneraju kerajaan negeri sehingga penggal ke-16 DUN Sabah tamat.

Oleh kerana Sabah bakal mengadakan PRN lebih dahulu berbanding PRU16, maka sudah tentunya, PRN Sabah bakal menjadi indikator kerjasama antara Blok Parti pada PRU16.

Oleh kerana komposisi kaum yang amat berbeza antara Sabah dan Semenanjung, maka ramai yang mengatakan pendekatan politik Semenanjung tidak sesuai di Sabah.

Atas pertimbangan perbezaan itu, maka keputusan PRN2023 tidak membawa kesan yang signifikan pada politik Sabah. Makna kata, politik Sabah kekal dengan pola/pendekatan sendiri, tidak terpengaruh dengan polarisasi di Semenanjung.

Akan tetapi perlu diingat, parti-parti berbeza fahaman politik di Semenanjung, kekal beroperasi di Sabah, ertinya terlibat dengan pilihan raya peringkat negeri.

Pengelibatan parti-parti itu, dengan sendirinya menjadi pesaing pada parti tempatan Sabah, termasuk lah GRS.

Jika berpandukan pada Kerajaan Sabah yang diterajui GRS, terdapatnya penyerataan parti-parti yang menyokong kerajaan Perpaduan.

Tiada kepastian apa kah kerjasama ini hanya untuk penggal ini sahaja atau termasuk kerjasama pilihan raya, seperti mana berlaku antara PH-BN, yang asasnya hanya untuk membentuk kerajaan pasca PRU15, tetapi berakhir sebagai kerjasama pilihan raya.

GRS mempunyai masa menilai tren/kecenderungan rakyat Sabah apa kah kaedah pendekatan terbaik bagi parti itu berhadapan PRN17.

Memang diakui, pendekatan GRS dan parti-parti komponen (kecuali SAPP yang masih terikat dengan PN) bervisikan parti tempatan, bermisi hala tuju sendiri, ingin membawa rakyat Sabah menentukan hala tuju politik sendiri, tanpa terpengaruh dengan fahaman politik import.

GRS perlu meghindar apa yang berlaku semasa PRU15, kerana gabungan itu adalah sebahagian daripada parti-parti yang menang 140 kerusi parlimen yang menolak Pakatan Harapan (PH), akan tetapi berakhir bersama PH membentuk Kerajaan Perpaduan. Ada yang kata itu lah dinamiknya politik negara, boleh berubah sesuai dengan keperluan.

Akan tetapi, kedinamikkan politik itu, tidak semestinya sealiran dengan pandangan rakyat, seperti mana dibuktikan menerusi keputusan PRN2023, ada parti yang dihukum. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive