Monday, August 14, 2023

PERLU DIAKUI SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU TIDAK YAKIN LAGI PADA UMNO

TIDAK perlu menyenaraikan sebab musabab sebahagian besar orang melayu tolak Umno, kerana sebabnya mudah dan sederhana- MEREKA TIDAK YAKIN LAGI.

Pemimpin Umno terperangkap, apabila penyokong/pengundi tegar memberi kemenangan luarbiasa pada PRN Melaka dan Johor. Kerana kemenangan itu, pemimpin parti yang juga Perdana Menteri, tidak dihormati, lalu didesak membubarkan parlimen.

Pemimpin Umno bagaikan kacang lupakan kulit, apabila meremehkan Muafakat Nasional (MN) yang menjadi sebahagian penyelamat parti itu selepas kecundang pada PRU14.

Pemimpin Umno terutama kluster mahkamah, kluster tidak berjawatan kerajaan, tidak bersyukur apabila parti dijemput sebahagian Kerajaan Perikatan Nasional (PN), malah ada pemimpin parti yang ditolak rakyat pada PRU14 memperlekehnya. Sedangkan kewujudan PN itu sendiri adalah memperkukuhkan kerjasama antara Umno-Bersatu-PAS - Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pemimpin Umno dengan riak/sombong, mempengaruhi perwakilan untuk mengadopsi- No Anwar,No DAP,No Bersatu, untuk menjustifikasikan tindakan BERGERAK SOLO. Malah PAS yang sebahagian MN, telah diberi kata dua, wajib tinggalkan BERSATU/PN, jika ingin kekalkan MN.

Tindakan pemimpin Umno MENGHALALKAN cara, akhirnya memakan diri sendiri. Kerana apa yang mereka fikirkan betul, sebaliknya di pihak orang melayu.

Meratibkan BERSATU membunuh Umno, tidak dipercayai orang melayu, kerana tindakan BERSATU tidak selari dengan naratif pemimpin Umno.

Betul kah BERSATU membunuh/menguburkan Umno? Sedangkan BERSATU dengan sokongan PAS, mengangkat Umno daripada pembangkang menjadi sebahagian kerajaan.

Memandangkan Umno di mata sebahagian besar orang melayu, bukan lagi flatform bagi mereka, maka dibuktikan menerusi pilihan raya.

Perlu diingat, bukan sahaja orang melayu tidak berparti menolak Umno, akan tetapi juga penyokong/ahli parti itu.

Tiga pilihan raya besar, membuktikan Umno bukan lagi pilihan orang melayu. Maknanya, orang melayu tidak yakin lagi pada parti itu.

Penulis yakin, sebahagian besar pemimpin Umno tahu, sebab musabab mengapa orang melayu menolak, kerana tindak tanduk pemimpin parti itu.

Pada PRN 6 Negeri, sifat sombong/riak pemimpin utama parti itu, tidak mengakui keadaan sebenar, sehingga masih bertindak meneggakkan benang basah.

Keputusan PRN 6 negeri, sangat jelas, orang melayu menolak secara mutlak parti Umno, walaupun masih ada pemimpin parti itu menolak kenyataan, kerana parti itu masih menang 19/108 kerusi (17.5%), sedangkan majoriti kerusi yang dimenangi, bukan kerana sokongan orang melayu, akan tetapi kaum lain.

Tindakan pemimpin Umno Sabah pada 6 Januari lalu, cuba menubangkan kerajaan yang diberi mandat rakyat, menambah parah lagi ketidak yakinan orang melayu pada parti itu, selain tindakan pemimpin parti itu yang “menipu” sebahagian “ahli parlimen” parti semasa memilih PMX, apabila membuat kenyataan, berkecuali dalam pemilihan PMX, sehinggakan SURAT AKUAN 10 ahli parlimen yang bersama PN-GPS-GRS terpaksa menarik surat sokongan. Hasilnya, sebaik surat sokongan ditarik balik, Presiden Umno menyembah YDP Agong, bahawa Umno/BN dengan 30 ahli parlimen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PMX.

Pada PRU15, dengan jelas, rakyat yang menolak PH, diwakili 140 ahli parlimen daripada berbagai parti, termasuk lah Umno/BN. Akan tetapi kerana tindakan Umno, maka parti yang ditolak rakyat, menjadi kerajaan. Dan kini, Umno menerima padah daripada tindakan itu.

Seperti kata Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR- Hassan Karim, Anwar kekal disokong oleh penyokong PH, apabila Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dipertahankan, sebaliknya keputusan buruk di negeri-negeri yang diperintah PN, kerana kegagalan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Apa yang boleh dipelajari pada keputusan PRN 6 negeri, apapun tindakan parti-parti bukan komponen PH, akan menerima padah, manakala penyokong PH kekal “intake” seperti mana dibuktikan oleh jumlah undi/majoriti yang diperolehi calon-calon parti itu, terutama parti DAP.

Betul lah pengakuan Ahli MKT Umno- Isham Jalil (yang akhirnya mengaku secara tidak langsung keegoan/kesombongan), kerjasama Umno dengan PH, mengejar undi 500, parti itu kehilangan 5000 undi orang melayu.

Di enam negeri telah dibuktikan, bahawa sokongan pada parti yang bukan komponen PH akan tetapi menyokong PH menerima padah. Apa kah senario ini mempengaruhi parti lain, terutama parti Blok Borneo? Ada yang kata TIDAK, kerana latar belakang yang berbeza. Mengenai BAB ini, hanya pemimpin blok Borneo yang boleh merungkainya. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive