Saturday, May 20, 2023

ISU BEKALAN LETRIK:SABAH BERLUMBA DENGAN WAKTU

TAHUN 1998 kerajaan negeri terpaksa melepaskan Lembaga Letrik Sabah (LLS) kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana kerajaan negeri tiada keupayaan daripada segi kewangan.

Bukan cerita dibuat-buat berkaitan status kewangan negeri pada waktu itu, malah gaji penjawat awam negeri pun dibayar menerusi pinjaman.

Oleh kerana keadaan rangkaian bekalan di seluruh Sabah dalam keadaan daif dan terhad, sedangkan permintaan bekalan terus bertambah, maka tiada cara bagi kerajaan negeri terpaksa melepaskan syarikat utiliti milik kerjaan negeri itu.

Selepas pengambilalihan, kerajaan negeri diberi pegangan sebanyak 20%, manakala TNB 80%. Nisbah itu dizahirkan menerusi Syarikat Elektrik Sabah (SESB).

Memang betul ada pemimpin Sabah dilantik sebagai ahli lembaga, malah timbalan pengerusi syarikat tersebut, akan tetapi, mereka itu, hanya dekorasi, tidak mempunyai keputusan veto atau suara kuat berkaitan tadbir urus syarikat.

Sewajarnya lah, selepas 24 tahun mengurus kemudahan bekalan letrik, syarikat itu mempunyai pelan luar jangka, kerana permintaan akan tenaga, tidak akan pernah menurun, melainkan terus meningkat.

Jika menurut laporan jika semua loji jana kuasa termasuk yang dikendalikan penyedia tenaga bebas (IPP) bekalan tenaga bagi Sabah di atas kertas secara keseluruhan boleh mencapai 1200 MW, berbanding permintaan purata 970 MW, margin yang amat kecil. Jika berlaku kerosakan kecilpun, dan pada masa sama permintaan meningkat, sudah tentu bekalan tidak mencukupi.

Mengapa selama 24 tahun, syarikat utiliti itu tiada tindakan menambah bekalan? Sehinggakan memerangkap seluruh rakyat Sabah berlumba dengan waktu untuk mendapatkan bekalan tanpa gangguan?

Betul pada tahun 2015, ada rancangan membina loji janakuasa menggunakan arang batu, akan tetapi tidak menjadi, ekoran kesan lingkungan. Mengapa tiada pelan B? Menggunakan sumber tenaga lain?

Ekoran gangguan litrik sejak akhir-akhir ini, dan dikambingkan hitamkan adalah rakyat yang menggunakan penghawa dingin, kesan suhu yang melampau, maka permintaan melepasi kapasiti bekalan, sehinggakan bekalan perlu dicatu. Selain keadaan bertambah buruk lagi apabila ada pencawang mengalami kerosakan teknikal, sehingga bekalan dikatakan berkurang 200 MW.

Lumrah, apabila kemudahan asas seperti letrik ini mengalami gangguan, pemimpin yang membangkang kerajaan akan menuding jari pada kerajaan, tanpa mengambilkira, bahawa kerajaan negeri juga sangat tertakluk pada keputusan pemilik syarikat. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, hanya meminta taklimat, bertanya apa tindakan pemilik syarikat menyelesaikan gangguan bekalan.

Hakikatnya, bukan sahaja rakyat Sabah tertipu, juga kerajaan negeri, apabila menaruh kepercayaan apabila pembekal utiliti milik kerajaan negeri diambil alih, maka mampu memenuhi permintaan tenaga di Sabah, sebaliknya yang berlaku.

Apa yang berlaku pada bekalan tenaga bagi Sabah, ada lah sebahagian daripada polisi timpang kerajaan Persekutuan masa lalu pada Sabah dan rakyatnya. Kerana polisi timpang itu, maka Sabah masih bergelumang dengan kemunduran infrastruktur, ekonomi dan kemajuan.

Pemimpin pembangkang, seperti Datuk Dr Ronald Kiandee, jangan lah bercakap banyak kerana kini berstatus pembangkang, sepatutnya, ketuk kepala sendiri, kerana anda adalah sebahagian penghasil pada polisi timpang.

No comments:

Blog Archive