SEBARANG bentuk kerjasama dengan mana-mana parti, asas utama yang perlu diterima dan dihormati adalah pendirian GRS, iaitu mengekalkan status quo. Status quo yang dimaksudkan, adalah kedudukan terakhir atau terkini penyandang kerusi.
Dengan mengekalkan status quo, maka tidak timbul pertindihan. Jika ada parti yang berhasrat menambah kerusi, maka di kawasan yang tidak disandang.
Pada hari ini berpandukan pada kedudukan 73 kerusi DUN Sabah, GRS menyandang 38+2 kerusi, iaitu Gagasan Rakyat- 24, PBS-7, STAR-6, PHRS-1 dan PLUS-2. Ertinya untuk 40 kerusi tersebut, tiada rundingan. Jika berpandukan spekulasi kononnya PH mensasarkan 24, maka ianya termasuk dalam 33/73, yang mana sebahagiannya disandang parti tersebut. Jika benar-benar adanya kerjasama, maka GRS minimum bertanding 42/73.
Kerjasama GRS dengan parti lain bersyarat, iaitu menghormati dan menerima perjuangan parti itu, iaitu Rumah Kita, Kita Jaga, berlandaskan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.
Pada masa ini, Kerajaan negeri adalah Kerajaan GRS-PH Plus, ekoran sokongan PH pada 6 Januari 2023, untuk mengekalkan GRS tidak hilang sokongan majoriti, apabila sebahagian wakil rakyat daripada Umno menarik sokongan.
Kerajaan GRS bukan kerajaan pintu belakang, kerana rakyat Sabah memberi mandat pada PRN-16, pun demikian, beberapa ADUN daripada Umno yang menang kerana platform tersebut, cuba menumbangkan Kerajaan sendiri.
Pada PRN-17 walaupun berbagai option boleh dipilih GRS, akan tetapi demi kestabilan politik negeri dan nasional, lebih cenderung mempertahankan status quo kerjasama antara parti yang menerajui Kerajaan Sabah hari ini, iaitu GRS-PH Plus.
No comments:
Post a Comment