PEMIMPIN kerajaan tidak boleh dipersalahkan bulat-bulat berkaitan gangguan bekalan air dan letrik, kerana mereka juga bergantung pada pelaksana.
Mereka yang dipertanggungjawabkan dianggap berkebolehan dalam melaksanakan tugas dan kerja yang diamanahkan.
Berbuih mulut pun pemimpin kerajaan termasuk Ketua Menteri atau menteri yang diberi tanggungjawab berkaitan kemudahan awam ini, jika pihak pelaksana kurang peka, maka akan berlaku lah gangguan.
Kemudahan asas seperti air dan letrik, ada lah kemudahan awam yang paling krtikial, atas sebab itu, mereka yang dipertanggungjawabkan adalah golongan profesional, berkelulusan jurutera bertauliah.
Bagi pandangan penulis, dua kemudahan awam yang memperlukan tenga kerja profosional ini, sudah tentu faham berkaitan pelan luar jangka (contingency plan) salah satu Standard Operational Procedures (SOP). Jika SOP itu ada, sudah tentu, dapat meminumumkan gangguan.
Penulis terbaca, alasan-alasan yang diberikan baik berkaitan gangguan bekalan air dan letrik, seakan-akan, dua agensi itu tidak mempunyai pelan luar jangka (mungkin ada, akan tetapi longgar dan tidak tepat).
Sebagai contoh, jika SESB ada pelan luar jangka, tidak mungkin, kawasan pentadbiran seperti Kota Kinabalu, termasuk bangunan-bangunan kerajaan, hospital mengalami gangguan bekalan; demikian juga JAS (Jabatan Air Sabah), jika ada pelan luar jangka, tidak akan berlaku gangguan bekalan air di pintu masuk seperti Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu.
Penulis berpendapat, mereka yang diberi tanggungjawab ini, sangat bergantung pada fasiliti yang dipasang ( install and forget) bukannnya “install and update”. Kerana pendekatan demikian, maka akan terkapar-kapar apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka.
Melihat gangguan bekalan dua serangkai kemudahan awam, penulis dapat merumuskan, bahawa pihak pelaksana menggunapakai install and forget.
Apabila pendekatan install and forget digunapakai, maka apabila berlaku kerosakan,maka kerosakan itu kerosakan besar(major damage). Contoh mudah, penggunaan kereta, jika penyelenggaran berkala tidak dibuat, maka apabila berlaku kerosakan, maka kerosakan “major” berlaku, termasuk ganti enjin.
Penulis terbaca Ketua Menteri memanggil CEO Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar untuk memberi taklimat berkaitan penyelesaian gangguan dengan kadar segera. Hanya Ketua Menteri dan mereka yang hadir yang mengetahui alasan-alasan yang diberikan. Sama-sama kita tunggu, apa kah penyelesaiannya. Akan tetapi, jika kerosakan besar berlaku, kerana kesan amalan install and forget, maka tiada jaminan gangguan bekalan elektrik tidak berulang.
No comments:
Post a Comment