CARA Datuk Ahmad Maslan mempengaruhi pengundi sempena PRN 6 negeri pertengahan tahun ini, bahawa pengundi kena mengundi calon-calon PH/BN untuk mematuhi titah Agong.
Pendekatan demikian cukup bahaya, kerana YDP Agong hanya bertitah berasaskan keputusan PRU-15, bagi maksud menubuhkan kerajaan, kerana tiada mana-mana blok parti boleh menubuhkan kerajaan.
Agong tidak terikat lagi pada mana-mana aktiviti politik selepas itu, termasuk PRN 6 negeri.
Kenyataan mantan Setiausaha Agung Umno itu, boleh diterjamahkan jika mana-mana pengundi mengundi parti lain selain parti PH/BN maka enggar titah, sedangkan Agong tidak terlibat dengan mana-mana perjalanan politik sebelum atau selepas PRU-15; Agong berasaskan kuasa baginda hanya berpaksi pada keputusan pilihan raya ke-15.
Kenyataan Timbalan Menteri kewangan 1 itu, seolah-olah mengheret YDP Agong dalam kancah politik, dan seterusnya mana-mana pengundi tidak mengundi calon-calon PH/BN maka menderhaka. Perbuatan menderhaka adalah jenayah dalam Undang-Undang Negara. Mana-mana yang tergolong menderhaka, boleh dituduh memerangi YDP Agong, dan jelas hukumannya, cukup berat, termasuk hukuman mati.
Kalau pun terdesak sangat, mahu calon-calon Umno menang, jangan sampai mengheret Agong, kerana Agong merupakan payung negara, dan tidak telibat dengan mana-mana parti politik atau politik.
Perlu diingat, Agong hanya terikat dengan keputusan PRU-15, selepas itu, jika parti-parti yang berkaitan terlibat dengan sebarang pilihan raya termasuk 6 PRN, samada mendapat sokongan atau pun tidak, tiada hubungkait lagi dengan keputusan PRU-15, makna kata, Agong juga tidak perlu dikaitkan lagi.
Pemimpin politik perlu mengelak mengheret raja-raja dalam kancah politik, kerana bukan sahaja mencemar nama baik raja-raja, akan tetapi boleh mengundang berbagai persepsi negatif terhadap institusi raja berperlembagaan.
Sempena PRN 6 negeri, akan didapati nanti, setiap kawasan DUN yang ditandingi akan terdapat keseimbangan nisbah undi antara PH/BN dan PN/PAS, ada blok parti mendapat lebih sedikit, ada yang kurang, ertinya, mana-mana pengundi tidak mengundi calon-calon PH/BN jika menurut hujah Ahmad Maslan, maka termasuk golongan yang menderhaka.
Jika demikian, maka haramkan sahaja parti-parti yang menentang PH/BN supaya tiada rakyat yang termasuk senarai menderhaka.
No comments:
Post a Comment