INDIVIDU menyertai sesebuah parti politik atas sebab perjuangan dan dasar parti sesuai dengan pendirian individu tersebut.
Jika dasar parti yang disertai itu mengubah dasar, dan dasar itu tidak bertepatan dengan pendirian individu itu, maka tentunya akan keluar daripada parti yang disertai itu.
Menjadi ahli sesebuah parti politik adalah sukarela.
Pasca PRU-15, telah menyebabkan 19 parti bergabung untuk membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan, manakala di Perak dan Pahang hanya membabitkan PH dan BN, sementara di Perlis Perikatan Nasional (PN) untuk penggal ke-15.
Sebelum PRU itu, Sarawak (GPS), Melaka (kini berubah kepada PH dan BN),manakala di Johor kekal dengan BN, Sabah pula GRS campuran dengan PH, dan beberapa ADUN Umno.
Sementara berhadapan dengan PRN 6 negeri, pemimpin parti yang kini bergabung dalam kerajaan Perpaduan, mahukan ahli/penyokong parti masing-masing mengundi calon-calon yang mewakli kerajaan yang disokong.
Walaupun 19 parti menyokong kerajaan perpaduan, akan tetapi hanya parti-parti dalam PH dan BN yang terlibat dengan PRN di 6 buah negeri. Secara jelas daripada PH hanya PKR, DAP dan Amanah, sementara daripada BN, hanya Umno, MCA dan MIC.
Parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, “kemungkinan besar” berkecuali, kerana enggan campur tangan urusan politik Semenanjung. Atas sebab itu, jika ada pemimpin kerajaan perpaduan berhujah, bahawa calon-calon yang bertanding mewakili 19 parti dalam kerajaan perpaduan, adalah tidak tepat.
Persoalan yang dihadapi PH dan BN pada PRN 6 negeri, apa kah akar umbi parti itu akur dengan perubahan parti masing-masing, kerana pada November 2022, mereka mengundi berasaskan parti masing-masing. Keberangkalian itu memang berlaku, jika mereka tiada pilihan, apabila berlaku pertembungan dua calon; PH/BN dan PN/PAS.
Kemungkinan besar, antara PH/BN tidak akan berlaku pertembungan, walaupun masing-masing blok parti menggunakan logo masing-masing. Ertinya, dua blok parti itu hanya melawan PN/PAS.
Tidak dinafikan, mungkin ada penyokong PH/BN tidak sanggup memangkah parti yang belum pernah mereka pangkah, kebarangkaliannya adalah undi rosak atau sama sekali tidak mengembalikan kertas undi, terutama penyokong DAP, akan tetapi bagi penyokong Umno, ada kebarangkalian tidak mencontohinya, melainkan ada kemungkinan memangkah calon-calon PN/PAS.
PRN 6 enam negeri adalah pilihan raya yang perlu diamati dengan cermat, kerana kemungkinan menjadi penanda aras perubahan politik tanah air. Perubahan politik menunju sistem dua parti.
No comments:
Post a Comment