BERHADAPAN PRN 6 negeri, parti Umno lah yang berharap memastikan calon-calon parti itu menang di kerusi yang ditandingi berbanding parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutama DAP, khususnya di 3 negeri, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Hakikatnya pada 6 PRN itu, bukan DAP yang memerlukan sokongan untuk memastikan calon-calon parti itu menang, melainkan calon-calon Umno.
Calon-calon DAP, tanpa sokongan penyokong Umno pun, akan menang, kerana parti itu bertanding di kawasan majoriti kaum cina.
Manakala Umno pula bertanding di kawasan majoriti kaum melayu, dan saingan utama adalah PN/PAS. Di kawasan seperti ini terdapat juga pengundi cina, dan biasanya mengundi PH, maka kali ini, tanpa calon PH, maka penyokong blok parti itu dipujuk untuk memangkah calon-calon Umno/BN.
Pada asasnya berhadapan 6 PRN itu, beban terletak pada PH untuk memujuk penyokong parti itu memangkah calon-calon Umno/BN, bukan sebaliknya.
Di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PH lah yang terbeban merayu/memujuk penyokong parti itu menyokong calon-calon Umno/BN, kerana diyakani, Umno khususnya akan diberikan kerusi terbanyak di 3 negeri tersebut.
Berhadapan 6 PRN ini, pada hakikatnya Umno/BN adalah parti dijadikan ayam tambatan untuk menang sebanyak mungkin kerusi sebagai upaya mengekang gelombang hijau yang boleh mengancam kestabilan kerajaan Perpaduan.
Parti-parti dalam PH mempunyai tugas berat untuk memastikan, pada 6 PRN kali ini, Umno khasnya dilihat kembali kuat apabila menang di kerusi-kerusi yang ditandingi.
Ada lah andaian kurang tepat, apabila ada penganalisis politik berkata, daripada 10 penyokong Umno, hanya 5 mengundi calon DAP atau PH, kerana pada hakikatnya tidak berlaku demikian. Penyokong Umno tidak perlu dirayu menyokong calon-calon PH, kerana kawasan-kawasan yang ditandingi blok parti itu memangpun wilayah parti itu, melainkan yang perlu dipujuk adalah penyokong PH untuk mengundi calon-calon Umno/BN, atas sebab, calon-calon Umno lah yang berdepan beban yang amat berat berhadapan dengan PN/PAS, kerana bermain di kolam yang sama.
No comments:
Post a Comment