Monday, February 06, 2023

POLITIK ITU TERIKAT DENGAN ANGKA

sekadar hiasan
MANA-MANA pertandingan, mesti berkaitan angka atau nombor. Demikian juga dalam politik, yang membezakan antara parti-parti politik ada lah nombor.

Di negara kita sekarang, bukan sedikit parti, dan membezakan antara parti-parti adalah jumlah kerusi, tentunya juga berkaitan angka atau nombor.

Kerana nombor juga, kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, sehingga muncul istilah dalam politik tiada musuh dan kawan kekal.

Kerana angka atau nombor menjadi sukatan pada sesebuah parti politik, maka mereka yang memimpin parti menggunakan berbagai kaedah menurut lunas-lunas demokrasi untuk mendapatkan angka yang diperlukan.

Di negara kita medan yang digunakan parti politik untuk menentukan angka-angka yang diperolehi masing-masing adalah pilihan raya.

Pada pilihan raya lah penentu, apa kah sesebuah parti mendapat nombor atau angka yang diperlukan yang diterjemahkan pada bilangan kerusi.

Era sekarang, keupayaan sesebuah parti, baharu atau lama hampir seimbang dalam mendapatkan bilangan kerusi, kerana adanya jaringan komunkasi, termasuk AI membantu setiap parti menjangkau rakyat akar umbi hingga ke pelosok.

Kesedaran berkaitan parti politik yang bersifat massa sudah difahami rata-rata pemimpin politik, sehingga sedikit sudah pemimpin politik yang tidak merakyat.

Kemunculan undi 18 membuat lagi ramai pemimpin membuat pendekataan kebapaan,berbanding pemimpin pembangkit semangat, sehingga kalau berpidato berdegar-degar.

Generasi sekarang, lebih cenderung para pemimpin yang menggunapakai gaya mantan Naib Canselor UUM Prof Dr Naim Aiman Abdullah, memberi kesan yang amat dalam.

Penulis amati, mereka yang menang pada PRU-15 secara umumnya, bukan mereka yang mempunyai gaya berpidato seperti Soekarno, akan tetapi seperti gaya Dr Naim atau Jokowi.

Perubahan cara berucap atau berpidato, kerana mereka mengutamakan berkaitan fakta, ilmu, pengajaran, agar lebih berkesan lama, berbanding cara retorik, yang diamalkan sebelum ini oleh sesetengah pemimpin, tetapi akhirnya mereka itu hanyut dengan sendirinya.

No comments:

Blog Archive