Monday, February 06, 2023

RAKYAT DAN KERAJAAN

ADA kementerian keterjaminan makanan, ada kementerian boleh turunkan harga barangan, ada kementerian boleh wujud lapangan pekerjaan, ada kementerian sediakan kewangan, pendek kata, semua keperluan rakyat sebagai manusia, ada kementerian yang boleh menyelesaikannya.

Tetapi, untuk mengurus semua itu, diperlukan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.

Sistem demokrasi berpalimen negara, memerlukan parti politik untuk membentuk/menubuhkan kerajaan.

Kerana kaedah ini lah, pada 6 Januari 2023, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang telah mengumumkan keluar secara enblok daripada Bersatu pada 10 Disember 2022, didakwa kehilangan locus standai sebagai Ketua Menteri kerana tidak berparti.

Kumpulan yang mendakawa itu adalah Datuk Shafie Apdal, Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Peter Anthony. Mereka merujuk klausa-klausa dalam Perlembagaan Negeri untuk menyokong hujah mereka.

Kumpulan itu hampir berjaya memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan atau membubarkan DUN, jika 7 ADUN Pakatan Harapan (PH) menyokong kumpulan tersebut.

Apapun, senarionnya, apa yang telah berlaku, ada lah warna-warni politik Sabah yang sentiasa penuh dengan liku-liku.

Kini, Datuk Hajiji yang didakwa tidak berparti, telah pun mempunyai parti sendiri yang dinamakan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), dan dilantik sebagai Presiden sehingga tahun 2026.

Ertinya Ketua Menteri tersebut masih sebagai Presiden semasa PRN-17 Sabah, sebelum pemilihan kepimpinan parti.

Gagasan Rakyat adalah parti tempatan, dan parti berbilang kaum. Selain itu, parti itu adalah komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS juga sebagai parti yang didaftar pada Mac 2022, dan telah menyertai PRU-15 julungkalinya, dan menang 6 kerusi parlimen.

Pada Ahad, parti itu telah mengumumkan 13 senarai kepimpinan dan 20 Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Daripada 33 barisan kepimpinan parti itu, sebahagian besarnya adalah wakil-wakil rakyat dan senator yang dahulunya berasal daripada Parti Bersatu-pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Mungkin sudah suratan bagi Bersatu, mengalami jalan yang berliku, seperti mana penulis tuangkan dalam sebuah buku "LIKU-LIKU BERSATU SABAH" pada tahun 2019.

Parti itu menjadi persengkatan utama antara Tan Sri Muhiyiddin dan Datuk Shafie Apdal, sehingga kini.

Kerana isu parti itu, berlaku "perpisahan" antara Muhiyiddin dan kumpulan Hajiji, dan terpaksa membawa haluan masing-masing, kerana perkembangan politik tanah air.

Seperti kata Hajiji, perpisahan dengan parti nasional, bukan bermakna bermusuh, akan tetapi, difikirkan sudah tiba masanya, Sabah perlu diurus parti tempatan untuk menentukan hala tuju negeri dalam acuan nasional.

Parti tempatan, hanya terhad pada negeri, hanya boleh menyumbang dalam segi kerusi bagi mana-mana blok parti nasional membentuk Kerajaan Persekutuan. Makna kata, tidak menggugat mana-mana parti nasional, malah boleh menjadi rakan baik untuk mengwujudkan kestabilan.

Ada lah diharapkan, menerusi perubahan politik tanah air, mana-mana blok parti nasional, perlu mengubah pendekatan, dengan menggunapakai wilayah, yakni, memberi peluang pada parti tempatan menjadi parti dominan di wilayah masing-masing, agar, rakyat tidak lagi keliru, dan fokus pada parti-parti yang dominan berasaskan wilayah.

Di Sarawak, telah mendahului, GPS adalah parti dominan, di Semenanjung PH dan PN, kerana pada PRU-15, sama-sama menang 71 kerusi daripada 165, bakinya dimenangi BN.

Di Sabah pula masih bercelaru, apabila daripada 25 kerusi, masih terbahagi-bahagi, BN-7, GRS-6, PH-5, Warisan-3, Bebas-2 dan PKDM-1.

Menerusi perkembangan politik tanah air, adalah lebih baik, masing-masing wilayah diwakili oleh parti dominan di wilayah itu, kerana melaluinya, bukan sahaja mengwujudkan kerharmonian, akan tetapi akan menghasilkan rasa hormat dan saling percaya antara satu sama lain.

Di Sabah nampaknya, mengwujudkan parti dominan, mungkin akan tercapai menerusi GRS, walaupun perlu melalu ranjau-ranjau berduri, kerana perlu berhadapan Umno, Warisan, Bersatu, malah Pakatan Harapan.

Pun demikian, semuanya terpulang pada rakyat Sabah sendiri menentukan keputusan, ke arah mana kah politik Sabah ini di bawa.

Politik Sabah memang progresif dan dinamik, rakyat akan bersetuju menerusi pendekatan yang dikira mewakili aspirasi mereka. Elemen  ini lah menjadi cabaran utama parti Gagasan Rakyat dan GRS. 

No comments:

Blog Archive