Sunday, February 05, 2023

HAJIJI KETUAI SEBUAH PARTI BERBILANG KAUM TEMPATAN: GAGASAN

PADA Ahad, Mesyuarat Agung Khas (EGM) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) secara rasmi melantik barisan pemimpin parti itu termasuk 20 Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

13 Barisan pemimpin yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Timbalan Bendahari Agung, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Beliawanis dan Ketua Penerangan.

Dalam senarai AMT, antara yang dilantik ada lah ADUN Klias- Datuk Isnin Aliasnih dan ADUN Nabawan- Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.

Tersenarai juga sebagai AMT antara lain ADUN Kuala Penyu- Datuk Limus Jury, mantan ADUN Usukan Datuk Japlin Akim, Datuk Azman Ruslan dan Pengarah UPPM- Datuk Awang Kadin Tang.

Barisan kepimpinan parti baharu ini yang diketuai Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun- Timbalan Presiden; Tiga Naib Presiden (NP) didahului ADUN Membakut- Datuk Dr Ariffin Mohd Arif sebagai NP1, ADUN Kemabong- Datuk Rubin Balang NP2, dan ADUN Kuamut- Datuk Masiung Banah NP3.

Ketua Penerangan diamanahkan kepada ADUN Apas- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, manakala Setiausaha Agung disandang Datuk Mohd Razali Razi.

Bendahari Agung pula dipikul ADUN Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan.

Ketua Pergerakan Pemuda, tanggungjawab itu diamanahkan pada ADUN Pintasan- Datuk Fairuz Renddaan, sementara Ketua Wanita Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pergerakan Beliawanis oleh Cik Emmie M Idang.

Melihat senarai kepimpinan parti baharu ini, jelas ianya mewakili bumputera, walaupun parti itu berbilang kaum.

Meneliti taburan pemimpin, ianya mewakili seluruh Sabah, meliputi etnik kaum bumiputera.

Nampak gayanya, walaupun tiada pemimpin parti itu membuat dakwaan, akan tetapi menurut tafsiran penulis, parti baharu pimpinan Datuk Seri Hajiji ini, mahu menjadi pilihan rakyat khususnya bumiputera, di kawasan-kawasan dikuasai Umno atau pun Warisan, atau pun dikuasai parti-parti lain selain parti komponen GRS.

Kekuatan sesebuah parti kadangkala bergantung pada jumlah ahli, kerana ahli, boleh menjadi jentera sekali gus pengundi semasa pilihan raya.

Di Sabah, memandangkan sebahagian besar pengundi, setidak-tidaknya pernah menyertai sebuah parti politik, atau beragam parti, pada sesuatu masa, kecuali mereka yang berjawatan di peringkat parti, akan akur dengan parti terakhir disertai.

Di kawasan bumiputera di Sabah, sejauh mana parti baharu yang dipimpin Ketua Menteri ini mendapat sambutan daripada segi keahlian, akan diketahui antara 3 bulan hingga setahun. Jika dalam tempoh itu mendapat keahlian sekurang-kurangnya 100,000 keahlian, ertinya, parti mendapat sambutan.

Jika berasaskan jumlah pengundi Sabah yang berjumlah 1.6 juta pada PRU-15, parti yang mempunyai keahlian dan penyokong, sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah pengundi, mempunyai peluang menjadi pilihan pada pilihan raya.

Penulis yakin, para pemimpin parti itu, termasuk mereka yang mengetuai di Bahagian-bahagian mempunyai kaedah tersendiri menambah keahlian.

Sebagai parti baharu yang belum teruji, sudah tentunya PRN-17 Sabah adalah ujian pertama.

Gagasan yang merupakan komponen GRS, bersama-sama dengan PBS, STAR, SAPP dan USNO, dijangka akan mendominasi calon-calon parti itu pada PRN-17,kerana sebagai parti yang dipimpin Ketua Menteri sudah tentu diberikan kawasan yang lebih berbanding parti-parti lain. Pun demikian, semuanya bergantung, sejauh mana parti itu di terima di peringkat akar umbi.

Gagasan, sudah tentunya bertembung daripada segi keahlian dengan parti seperti Umno, Warisan dan Bersatu,kerana bermain dalam kolam yang sama. Sudah tentunya, selain keahlian daripada mereka yang belum menyertai mana-mana parti, juga ahli-ahli parti lain yang beralih pada parti baharu sebagai platform baharu dalam politik.

Melihat pada barisan kepemimpinan parti Gagasan, rata-rata mereka itu mempunyai penyokong sendiri, yang turut sama dengan pemimpin masing-masing. Atas sebab itu, bagi pandangan penulis, memperolehi jumlah keahlian 100,000 dalam masa singkat bukan lah mustahil. Besar kemungkinan juga, parti itu sudah pun mempunyai keahlian seramai itu, kerana beberapa bahagian dikhabarkan telah bermesyuarat diperingkat penyajaan.

No comments:

Blog Archive