Tuesday, February 07, 2023

KEDUDUKAN HAJIJI SEBAGAI KETUA MENTERI SEMAKIN KUKUH

HANYA pada 6 Januari 2023, Datuk Seri Hajiji Haji Noor diuji, apabila 13 ADUN kerajaan GRS-BN menarik sokongan, yang menyebabkan kerajaan "hilang" majoriti untuk seketika, namun menjelang esoknya, ternyata belum, apabila 7 ADUN Pakatan Harapan (PH) menjadi penyelamat, untuk kerajaan dan Ketua Menteri kekal mempunyai sokongan majoriti.

Sokongan majoriti tersebut diuji pada Sidang Khas DUN Sabah pada 10 Januari, apabila 2 Rang Undang-Undang yang dibentangkan oleh Ketua Menteri mendapat sokongan 44 ADUN daripada 79 (Sidang khas itu, tidak dihadiri oleh 13 ADUN Umno dan 19 ADUN Warisan).

Pada Isnin, genap sebulan gerakan menggulingkan Ketua Menteri, kedudukan kerajaan semakin kukuh apabila mendapat sokongan 3 ADUN Bebas, iaitu ADUN Banggi, Tanjong Kapor dan Kunak.

Tiga ADUN bebas itu adalah mantan ADUN Parti Warisan yang keluar daripada parti mereka.

Sebenarnya, tindakan 3 ADUN tersebut adalah kumpulan 6 ADUN sebelum ini dilaporkan oleh sebuah blog, akan tetapi ianya disangkal oleh ADUN-ADUN tersebut, malah mereka telah membuat laporan polis terhadap blog tersebut.

Nampak gayanya, jika berpandukan pada alasan 3 ADUN bebas tersebut memberi sokongan, semakin ramai lagi ADUN  akan mengikut jejak mereka, sebelum penggal ke-16 DUN Sabah berakhir.

Apa kah ADUN-ADUN bebas tersebut akan menyertai mana-mana parti mesra kerajaan atau parti kerajaan akan kita lihat dalam masa terdekat.

Dengan sokongan kukuh pada Ketua Menteri dan Kerajaan, semakin mantap lah pentadbiran kerajaan menjalankan fungsi-fungsi untuk menunaikan janji-janji pada rakyat. Tetapi yang paling mustahak merealisasikan Visi Sabah Maju Jaya berjalan sesuai dengan perancangan.

Penulis mengucapkan tahniah pada 3 ADUN bebas tersebut, kerana mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri.

No comments:

Blog Archive