Tuesday, February 07, 2023

GRS KINI 100% TEMPATAN- CADANGAN BLOK BORNEO BAKAL MENJADI KENYATAAN

HANYA selangkah lagi, Blok Borneo akan menjadi kenyataan, apabila GRS menjadi parti dominan di Sabah, dalam pengertian perlu mempunyai kedudukan sama dengan GPS Sarawak, yang boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

Untuk sementara, GRS perlu sokongan daripada para ADUN parti lain yang mempunyai aspirasi sama, saling hormat dan kepercayaan menerajui kerajaan negeri untuk sokongan majoriti.

Parti-parti dalam GRS perlu menerima kenyataan semasa PRN-16 Sabah terpaksa bertolak ansur dengan BN dan tidak dapat meletakkan calon-calon di kawasan-kawasan berpotensi dimenangi, untuk maksud menang sejumlah kerusi yang mencukupi bagi membolehkan parti itu mencontoh GPS.

GRS perlu menunggu PRN-17 Sabah untuk memastikan Blok Borneo terealisasi bersama GPS.

Pada Ahad, Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi GRS, telah mengumumkan, bahawa parti itu sudah 100% parti tempatan, dan kini kembali pada 5 parti komponen, iaitu Gagasan Rakyat (GR), PBS, STAR, SAPP dan USNO.

Kerajaan Negeri yang dipimpin Hajiji, kini disokong 47 ADUN daripada 79 ADUN Sabah. Sokongan terbaharu daripada 3 ADUN Bebas,iaitu ADUN Banggi, Tanjong Kapor dan Kunak.

No comments:

Blog Archive