Wednesday, February 08, 2023

PRN 6 NEGERI DI SEMENANJUNG- APA KAH PH ATAU KAH PN?

APAPUN keputusan 6 PRN di Semenanjung, iaitu bagi Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, tidak mempengaruhi Kerajaan Persekutuan, akan tetapi menjadi indikasi secara umum arah mana rakyat negara ini, apa kah memilih Pakatan Harapan (PH) atau kah Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU-15, secara jelas di Semenanjung, kekuatan antara dua blok parti itu adalah sama apabila masing-masing menang 71 kerusi parlimen. Oleh kerana PH sudah bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) maka dua parti itu menguasai 94 kerusi daripada 165.

Seperti mana yang kita ketahui, 3 blok parti itu bertembung satu sama lain pada PRU tersebut.

Menerusi PRN di 6 negeri di Semenanjung itu, akan dilihat, sejauh mana momentum sokongan kaum melayu pada PN, manakala kaum lain, memang diramal kekal bersama PH. Pola pengundian dua segmen pengundi di Semenanjung ini lah yang menjadi penanda aras kekuatan dua blok parti itu.

Mata tertumpu pada Umno khasnya, apa kah mengubah pola sokongan kaum melayu pada PH dengan menunjukkan peningkatan atau kah sebaliknya.

Hakikat perlu diterima pola pengundian yang hanya membabitkan PRN jauh berbeza dengan PRU, seperti perbezaan antara PRN Johor dan Melaka dengan PRU-15. Akan tetapi berasaskan perubahan senario politik tanah air, ada kebarangkalian pola pengundian atau sokongan rakyat berubah pada PRN yang membabitkan 6 negeri yang bakal diadakan bila-bila masa, atau selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

PRN di 6 negeri tersebut, kebarangkalian tinggi hanya membabitkan dua parti, iaitu antara PH dan PN, walaupun pun ada parti-parti kecil turut sama bertanding sebagai “spoiler”.

Tumpuan pada PRN 6 negeri adalah di Selangor. Apa kah PH dengan kerjasama BN akan menyapu bersih semua 56 kerusi DUN? Atau kah PN boleh menawan sekurang-kurangnya separuh? Sehingga berlaku keputusan tergantung? Senario ini lah yang sedang dinanti-nantikan.

Jika bersandar pada pola atau momentum pengundian pada PRU-15, nampak gaya, di Kedah, Kelantan dan Terengganu bakal dikuasai sepenuhnya oleh PN, walaupun PH memberi saingan sengit, akan tetapi, calon-calon parti itu tidak berkeupayaan menterjamahkannya melalui kerusi.

Apa yang paling menarik, keputusan pada 6 PRN tersebut, akan menjadi petunjuk atau gambaran pada parti-parti blok Borneo, parti mana bakal disokong pada PRU-16.

Bagi pandangan penulis, pola pengundian di Semenanjung, ada lah katalis bagi politik negara ini menunju sistem dua parti, iaitu samada blok PH atau kah PN. Ertinya, mana-mana blok mendapat sokongan blok borneo parti itu lah yang bakal menduduki Putrajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi dapat membaca fenomina ini, atas sebab itu, sekretariat kerajaan perpaduan telah melantik Timbalan Perdana Menteri 2 daripada blok borneo sebagai Setiausaha Agung Sekretariat.

Sebenarnya PRN di 6 negeri sangat menarik untuk diikuti, kerana mahu melihat sejauh mana kesan tindakan “pembersihan” parti Umno, jika menurut Tan Sri Annuar Musa lebih menjurus kepada penompokan kotoran,manakala di mata Menteri Besar Kedah- Dato Sanusi Md Nor, pemimpin bersih dan hebat dibuang, sebaliknya pemimpin kotor didodoi.

Keputusan PRN di 6 negeri itu, setidak-tidaknya akan membuka mata rakyat Sabah dan Sarawak terhadap parti nasional, dan khususnya di Sabah, apa kah masih ada yang bergayut pada parti-parti nasional atau kah beralih pada parti tempatan.

No comments:

Blog Archive