Thursday, February 09, 2023

KERAJAAN PERPADUAN: PEMIMPIN WARISAN TIDAK LAYAK BERCAKAP

PENCETUS tidak stabilnya politik negeri Sabah sudah melekat pada pemimpin Parti Warisan. 

Mereka sudah seronok/teruja apabila dapat memerangkap 4 ADUN Umno pada Mei 2018, untuk khianat supaya Kerajaan Negeri yang dipimpin Tan Sri Musa Aman kehilangan sokongan majoriti. Kesannya, Datuk Shafie Apdal dilantik Ketua Menteri.

Oleh kerana kerajaan yang dipimpin Shafie menyebabkan perekonomian negeri menjunam, perbelajaan kewangan yang tidak mengikut tatakelola kewangan yang telus, telah menyebabkan merosotnya simpanan kewangan negeri begitu pantas.

Selain itu ramai wakil rakyat yang menyokong kerajaan tersentak dengan pentadbiran Shafie yang centric pada etnik tertentu terutama daripada daerah asal beliau sendiri.

Perbelanjaan kewangan negeri yang tidak telus dan tidak membantu perekonomian negeri, dan untuk mengelak kerosakan yang jauh lebih teruk, telah mendorong 31 wakil-wakil rakyat yang diketuai Tan Sri Musa Aman pada Julai 2020 menarik sokongan terhadap kerajaan, dan telah menyebabkan Shafie kehilangan sokongan majoriti.

Sebagai perbandingan, pada Tahun 2017 pertumbuhan ekonomi negeri adalah 8.7%, Tahun 2018 menjunam ke paras 1.5%, dan Tahun 2019 negatif 9.5%.

Berpaksi pada memburuknya perekonomian negeri, tiada pemimpin atau wakil rakyat terutama Musa yang dapat membiarkan kerosakan terus berlaku.

Pendirian Musa masa itu, disokong antara lain oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor (Ketua Menteri Sabah pada hari ini), manakala antara pemimpin yang tiada komitmen walaupun sebagai pembangkang pada Kerajaan Negeri adalah Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Pengerusi Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin.

Seperti mana fakta, walaupun Musa sepatutnya dilantik sebagai Ketua Menteri untuk mengambil alih kerajaan negeri pada Julai 2020, akan tetapi TYT Sabah telah membenarkan DUN Sabah dibubarkan untuk membuka jalan PRN-16 secara mengejut.

Keputusan rakyat Sabah pada PRN tersebut telah memberi mandat pada GRS-BN menubuhkan kerajaan yang membolehkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Haji mengangkat sumpah jawatan pada 29 September 2020.

Sudah menjadi rahsia umum, sebelum Hajiji mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri, para pemimpin Warisan masih mencuba menggagalkannya dengan berbagai propaganda, dengan mendakwa wakil-wakil rakyat PBS akan berpaling tadah daripada menyokong Hajiji, sebaliknya memberi sokongan pada Shafie mengekalkan jawatan Ketua Menteri.

Dakwaan tersebut, terpaksa kepimpinan PBS mengelurkan kenyataan media menafikannya. Selepas gagal dalam gerakan pertama, para pemimpin parti itu berjaya pula mengheret Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Moktar Radin pada 6 Januari untuk menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Shafie yakin pada masa itu dengan perkiraan matematik apabila Warisan dengan 19 ADUN, Umno 18 dan PKDM 3, yang berjumlah 40 (majoriti mudah), boleh memaksa Hajiji meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri. Jumlah 40 ADUN adalah majoriti mudah daripada 79 ADUN Sabah.

Sidang media yang dijadualkan pada pukul 4.30 petang di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada 6 Januari dibatalkan tanpa penjelasan, kerana didapati kemudiannya, gerakan meggulingkan Ketua Menteri tidak cukup bilangan, apabila 5 ADUN daripada Umno, mengambil pendirian untuk mempertahankan mandat rakyat Sabah pada PRN 16 atau mempertahankan kerajaan yang dipimpin Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Pertimbangan 5 ADUN Umno itu, iaitu ADUN Tanjung Keramat, Pantai Dalit, Tempasuk, Sindumin, dan Sugut, bahawa lebih banyak kesan buruk akan berlaku di semua peringkat, apabila berlaku pergantian Ketua Menteri dan kerajaan, yang mana dengan sendiri boleh merosakan perjalanan pentadbiraan dan fungsi kerajaan yang sudah berada pada landasan betul.

Pendirian 5 ADUN Umno itu, tiada sebab yang boleh menjustifikasikan menumbangkan atau menggantikan kepimpinan dan kerajaan yang sedang menjalankan pemerintahan yang cukup baik.

Penulis sempat bertanya pada salah seorang daripada 5 ADUN Umno tersebut, berkaitan tindakan mereka. Pada hakikatnya, menurutnya, tiada sebarang perundingan antara mereka, sebaliknya hanya secara kebetulan mereka mempunyai pendirian yang sama, dan seterusnya tidak melihat sebarang justifikasi mengubah sokongan daripada Hajiji kepada Shafie, apa tah lagi rekod yang melekat pada Presiden Warisan itu selama 27 bulan sebagai Ketua Menteri, melainkan rekod buruk.

Berkaitan dengan kenyataan Naib Presiden Parti Warisan- Datuk Junz Wong yang bercakap berkaitan kerajaan perpaduan, pada hakikatnya, para pemimpin parti itu tiada merit bercakap berkaitan bentuk kerajaan seumpama itu, kerana mereka lah punca ketidakstabilan politik negeri.

Daripada awal lagi penubuhan parti itu dan sehingga kini, hala tuju mereka hanya mencipta polimek ketidakstabilan, dan itu diakui oleh 3 ADUN parti itu pada Isnin, iaitu ADUN Banggi, Tanjong Kapor dan Kunak semasa mengumumkan keluar daripada parti itu.

No comments:

Blog Archive