Thursday, February 09, 2023

RM2.5 JUTA NAIK TARAF TAMU GUM-GUM: SUHAIMI

PROJEK naik taraf Tamu Gum-Gum, Sandakan dengan kos RM2.5juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan menerusi ICU (Implementation Coordination Unit) Jabatan Perdana Menteri akan dilaksanakan pada tahun ini.

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Libaran- Datuk Suhaimi Nasir, dengan siapnya projek itu, bukan sahaja Tamu Gum-Gum berwajah baharu, akan tetapi juga memberi keselesaan pada para peniaga dan pelanggan.

Sudah tentunya dengan keadaan yang kondusif, akan mendorong aktiviti perniagaan dan pada gilirannya boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Naik taraf Tamu tersebut telah mendapat perhatian daripada Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub semasa membuat lawatan ke tapak tamu itu pada tahun 2022.

Tamu Gum-Gum yang terletak di kawasan DUN Gum-Gum, salah satu DUN dalam kawasan Parlimen Libaran. Pada PRN-16 Sabah, DUN tersebut dipertahankan calon parti Warisan, selepas merampasnya pada PRU-14 daripada Umno.

No comments:

Blog Archive