Saturday, February 11, 2023

MASALAH AIR SAMPAI BILA?

PILIAHAN RAYA DEMI PILIHAN RAYA, akan tetapi masalah  bekalan air bersih bukan berkurangan akan tetapi semakin akut.

Dalam 5 tahun terakhir, jika bekalan air terputus 2-3 hari bukan lagi perkara baharu, ianya sudah menjadi rutin.

Sungguh malang bagi sebuah negeri yang berada di kawasan yang sepatutnya tiada masalah air, kerana dalam setahun sekurang-kurangnya 3 bulan penduduk berhadapan dengan sumber air yang berlebihan, sehingga mengakibatkan banjir.

Benar lah jika manusia, gagal memanfaatkan sumber kurniaan Tuhan, yang sepatutnya untuk kemudahan manusia, maka manusia lah menanggungnya sendiri.

Air boleh digunakan sepanjang masa, jika ianya ditampung, akan tetapi dengan keterkaitan dengan negeri, air dibiarkan mengalir ke laut, kemudiannya menunggu pemanasan untuk menjadi hujan, kemudian kembali lagi ke laut.

Memang sebahagian kecil daripada air tersebut tertampung di sungai-sungai cetek, di empangan-empangan kecil, akan tetapi volume tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Bukan itu sahaja, loji-loji penapis, tiada keupayaan merawat air sesuai dengan keperluan, kerana memangpun kapasiti menapis lebih rendah berbanding permintaan.

Di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya, masalah air, sudah membabitkan semua peringkat, sehingga tindakan catuan bukan sahaja berjadual, akan tetapi sudah menjadi keutamaan. Demikian juga penggunan tangki-tangki air untuk di hantar ke kawasan-kawasan yang bermasalah, juga bukan lagi berjadual,akan tetapi sudah menjadi rutin.

Rakyat sudah lah sangat tertekan dengan kos sara hidup, tertekan lagi dengan masalah air.

Sebenarnya, masalah air, berpunca daripada tidak berkemampuannya mereka yang dipertanggungjawabkan mengurus kemudahan asas ini daripada awal, apabila gagal mengunjurkan keperluan rakyat, yang sentiasa bertambah.

Dalam keadaan sekarang, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan off the day, semacam jahit dan tampal, entah sampai bila berakhir.

No comments:

Blog Archive