Sunday, February 12, 2023

MENU MAHAL DAN MURAH

BEZA menu mahal dan murah terletak pada jenis hidangan, kuantiti dan tempat.

Harga mahal dan murah sangat subjektif, kerana boleh berasaskan jenis atau kuantiti atau tempat atau ketiga-tiganya sekali.

Pengalaman penulis semasa belajar di Indonesia, ada dua segmen premis menjamu selera, dengan hidangan yang hampir sama, akan tetapi menu yang berlainan harga.

Kerana adanya dua kategori itu, maka ada dua kelompok masyarakat seolah-olah khusus untuk premis-premis sedemikian. Mereka yang tergolong kayangan akan datang ke premis kayangan, mereka yang tergolong kasta rendah, datang menjamu selera di premis yang terjangkau oleh golongan ini.

Penulis telah mencuba menu di dua-dua premis ini, dan mendapati tiada perbezaan berkaitan menu (jenis hidangan) yang membezakan hanya harga.

Bagi penulis yang berselera kampung, golongan bukan kayangan, jika dikaitkan dengan sedap, penulis lebih kerap makan di premis kasta rendah, selain murah juga menyelerakan.

Di negara kita kerana kesan kenaikkan harga barang (inflasi) maka meningkatkan kos sara hidup. Dalam rangka membantu rakyat yang terkesan khususnya mereka yang tidak masak sendiri, maka kerajaan memperkenalkan MENU RAHMAH (menu murah). Menu ini adalah atas kerelaan peniaga makanan? Kerana penulis belum mendengar apa kah kerajaan memberi subsidi berkaitan menu ini.

Kerana keterojaan peniaga makanan, maka turut menyambut usaha ini, dengan turut sama menyediakan menu cadangan kerajaan ini. Menerusinya, maka terlihat lah kumpulan pelanggan yang berbeza kategori di restoran, satu meja dengan menu kayangan, sebelah meja menu rahmah.

Apa yang boleh dilihat menerusi pengenalan menu ini, maka usaha mengelompokkan rakyat/masyarakat semakin menyerlah, kerana sebelum ini,usaha itu dilakukan menerusi kaedah penempatan/tempat tinggal.

Di bandar-bandar di mana terdapatnya pasar raya yang menyediakan segmen bermasak, maka akan ada segmen menu rahmah. Pelanggan hanya datang bayar dan bawa (cash and carry). Di kawasan-kawasan yang tiada kemudahan ini, maka perlu ke premis atau restoran yang menyediakan menu ini, boleh makan di premis atau bayar dan bungkus.

Walaupun menu ini tidak menyeluruh, hanya terhad di kawasan-kawasan ramai penduduk terutama di bandar-bandar yang ramai pekerja kolar biru, akan tetapi sejauh mana dapat bertahan, kerana peniaga yang menyediakan menu ini sangat bergantung pada harga bahan mentah.

Bagi peniaga besar, mungkin boleh bertahan agak lama, kerana mereka mendapatkan bahan mentah langsung daripada ladang, tidak membabitkan rantai perniagaan yang panjang; akan tetapi bagi peniaga kecil, tidak dapat bertahan lama, kerana mereka tiada kuasa mengawal harga bahan-bahan mentah yang diperlukan.

Bagi penulis, menu rahmah, bukan lah satu penyelesaian dalam jangka panjang berkaitan kesan kos sara hidup, melainkan hanya satu gimik atau divert perhatian rakyat, bahawa kerajaan sedang bertindak untuk mengurangkan kesan kos sara hidup.

Kos sara hidup yang dikaitkan dengan kenaikkan harga, hanya boleh ditangani dengan dua cara- meningkatkan bekalan melebihi permintaan, sehingga memaksa harga turun, atau memberi subsidi atau pendekatan kedua meningkatkan disposible income pengguna.

Kerajaan perlu memilih antara dua pendekatan tersebut. Tanpa antara satu pendekatan ini, adalah mimpi bagi mereka yang bercakap boleh mengurangkan kesan kos sara hidup.

No comments:

Blog Archive