DALAM keadaan tidak menentu ini, kerajaan digalak berbelanja samada menerusi projek-projek berkos tinggi/kecil atau projek-projek one-off untuk menggalak aktiviti ekonomi.
Perbelanjaan yang bersifat preemtive ini pernah dilaksanakan sebelum ini, agar semakin ramai rakyat mendapat pendapatan tambahan untuk berhadapan tekanan inflasi.
Khusus untuk Sabah, penulis yakin Kerajaan Negeri mempunyai keupayaan melaksanakan projek-projek one-off merata di seluruh daerah, untuk menggalak penawaran juga permintaan, kerana jumlah wang yang berputar di tangan rakyat semakin bertambah.
Bagi Sabah, banyak syarikat-syarikat/Badan Berkanun seperti Yayasan Sabah/Innoprise Sdn Bhd; Sawit Kinabalu, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS); Sabah Energy; Sabah Credit; Qhazanah Sabah Berhad (Warisan Harta), Sedco; dan syarikat-syarikat lain perlu digalakkan meningkatkan aktiviti yang bercorak memberi peluang pengelibatan seramai mungkin rakyat mendapat peluang, menambah pendapatan, kerana pada senario sekarang ini, peranan syarikat-syarikat tersebut ditagih, bagi membantu kerajaan membela untung nasib rakyat secara umum; selain tindakan kerajaan sendiri memanfaatkan hasil perolehan daripada produk minyak & gas serta kutipan hasil daripada produk-produk eksport.
Berbelanja domestik, hanya memindah wang kerajaan ke tangan rakyat, tidak mendatangkan musibah monetary, kerana bukan ketirisan pada kebijakan fiskal. Menerusi kaedah ini, apabila ekonomi memulih, wang yang dibelanjakan akan kembali ke akaun kerajaan menerusi kutipan hasil; dan menerusinya juga kutipan hasil kerajaan akan terus berkembang. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment