Wednesday, January 04, 2023

TAMAN PRINCE PHILIP TANJUNG ARU PERLU BAIK PULIH

Keadaan Pantai terkini di Taman Prince Philip 

TIADA mana-mana pantai semulajadi akan      kekal  seperti sediakala, jika di sekitarnya berlaku pembangunan, taman-taman perumahan. Keadaaan sama berlaku pada Taman Prince Philip Tanjung Aru yang hanya berkeluasan 22 ekar, kini dicemari sisa buangan daripada semua penjuru, manakala di sebelah laut berlakunya hakikasan sehingga pantai menyempit, kerana pukulan ombak.

Jika dahulunya, air laut bersih untuk direnangi untuk tujuan mandi manda, kini, tidak lagi, kerana pencemaran.
Oleh kerana kesan pembangunan di sekitar taman itu, kerajaan Sabah pada tahun 2013 mengambil inisiatif membaik pulih pantai ikonik tersebut, selain memperluasnya, semata-mata untuk diwarisi generasi akan datang.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor secara ringkas menjelaskan hala tuju pemuliharahan taman tersebut yang termasuk dalam Pembangunan Eko, bahawa untuk proses pemulihan taman tersebut dan seterusnya menambah keluasan daripada sediakala ke 100 ekar, diperlukan proses pengorekan pasir di sebelah laut, untuk menjadi tebing landaian air yang baharu, kerana hanya kaedah itu sahaja dapat memperluas taman tersebut.

Dalam proses itu nanti akan dipasang gabian-gabian selain pemecah ombak, juga pembentungan moden, yang menghalang pelepasan sisa buangan manusia, atau pencemaran terus ke laut, selain penanaman pokok-pokok yang membolehkan kawasan tersebut teduh, sepertimana 60 tahun yang lalu.

Tanpa pemuliharan seperti mana yang dirancang, pantai itu, dalam 10-20 tahun akan datang, hanya pantai yang dikenali ikoniknya melalui gambar-gambar di muzium atau google.

Jika mereka yang berumur 70 tahun pada masa ini, sudah tentu tahu perbezaan keadaan pantai itu berbanding 50 tahun lalu, yang jarak antara pokok rhu dan pantai lebih 100 meter ke arah laut, kini, ombak berpecah hanya beberapa meter, dan sebahagian besar pasir pantai tidak boleh dapat digunakan untuk riadah, kerana telah bertukar sebagai landaian ombak.



Bagi mereka yang berdegar-degar mahukan “bentuk semulajadi” taman itu dikekalkan, sebenarnya perlu bertanya pada diri sendiri, apa yang mahu dikekalkan? Sedangkan keadaan pantai di taman itu bukan lagi seperti mana 60 tahun lalu. Cuba perhatikan rakaman amatur berkaitan pantai di taman itu, apa kah tanpa pemuliharahan, akan mengekalkan kesemulajadian pantai itu? Pada mereka yang suka sangat mempertikai/mengertik, perlu berfikir semula, dan perlu menyokong usaha kerajaan menerusi Tanjung Aru Eko Development (TAED) yang diusahakan kerajaan.

Sebagai taman bersama dengan pantainya yang merupakan warisan sejarah bagi negeri, adalah tanggungjawab kerajaan off the day memuliharanya untuk generasi akan datang.

Jika ada pihak yang mempertikaikan progress pembaikan pulihan, kerana mungkin mereka itu, tidak mendapat gambaran yang jelas, bahawa projek yang berkaitan semulajadi memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya, selain memerlukan kos yang cukup tinggi.

Projek pemuliharan Taman itu termasuk juga pembangunan Eko semasa dilancarkan dianggarkan akan menelan kos RM7bilion pada tahun 2013, dan tentunya kos itu telah meningkat lebih daripada itu.

No comments:

Blog Archive