Monday, September 19, 2022

MENGAPA TERINGIN SANGAT GANTI KERAJAAN?

KUMPULAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi teringin sangat menggantikan kerajaan. 

Masih tidak puas hati menyingkirkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, mahu pula parti-parti yang terkaitan dengan mantan Perdana Menteri ke-8 negara itu dinyahkan daripada kerajaan.

Mendesak diadakan PRU-15 tanpa sebab yang konkrit, sedangkan sangat jelas, tahun 2023, ada lah tahun pasti diadakan PRU.

PRU awal diperlukan sebelum tamat penggal kerana kerana kerajaan mahukan mandat baharu kerana memperkenalkan polisi baharu dalam pentadbiran, termasuk lah cara mengurus ekonomi, malangnya desakan diadakan PRU awal bukannya kerana isu pentadbiran, akan tetapi isu yang berkait menukar para individu atau parti yang mengurus kerajaan.

Kerajaan hari ini, adalah kerajaan rojak, pun demikian berfungsi dengan baik, kerana bertujuan sama demi rakyat dan negara.

Jika rakyat secara umum berkata jujur, sejak tumbangnya kerajaan BN dan PH, kerajaan PN dan Kerajaan Keluarga Malaysia (KKM) , adalah kerajaan TERBAIK yang pernah wujud dalam negara, sejak merdeka. Walaupun asas kerajaan yang dibentuk pada Mac 2020 telah berganti dua Perdana Menteri, didakwa sebagai kerajaan gagal oleh sesetengah pemimpin tanpa kuasa.

Walaupun kerajaan yang dilihat terbaik untuk negara ini, malangnya tidak disukai oleh oleh sesetengah pemimpin Umno, atas sebab tidak dapat dimanipulasi atau dipergunakan untuk tujuan kepentingan peribadi, maka mahu menggunakan PRU untuk ditukar, dan mahukan kerajaan homogen seperti lalu-lalu sebagai pemudah cara melepaskan diri daripada kes-kes berkaitan undang-undang.

Bukan rahsia bagi kerajaan yang homogen menggunakan kuasa untuk membebaskan pemimpin yang terkait kes-kes jenayah apabila menerusi Jabatan Peguam Negara, bertindak NFA (No Further Action) dan menarik pertuduhan.

Rakyat negara ini menjadi saksi, bahawa kes-kes yang diistiharkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara sebagai tiada kes sebelum sampai ke mahkamah, akan tetapi apabila dibicarakan dibuktikan oleh mahkamah sebagai sebaliknya, manakala yang ditarik, dibicarakan semula, dan perbicaraan sedang berjalan.

Berhadapan PRU-15, rakyat negara ini mempunyai dua pilihan, samada memberi mandat pada kerajaan homogen atau heterogen (campuran).

Kerajaan homogen, terbukti telah berlaku salahgunakuasa dan rasuah yang membabitkan dana awam ratusan juta ringgit, manakala kerajaan heterogen adalah kerajaan yang menghalang salah guna kuasa, rasuah, malah terjamin tiada campur tangan pada badan kehakiman, kerana efektifnya semak dan imbang.

Dalam senario hari ini, jika keutamaan adalah rakyat dan negara, maka kerajaan perlu lah kerajaan heterogen, kerana menerusi kerajaan sebegini akan terjamin tidak berlaku ketirisan dana awam, dan pada gilirannya, setiap sen wang negara dimanfaatkan, dan tentunya, impak dan kesannya cukup besar, meliputi seluruh lingkaran kehidupan.

Rakyat negara ini perlu melepaskan diri daripada blok parti dominan, seperti mana dilakukan rakyat Indonesia, apabila menguburkan GOLKAR yang menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara jiran tersebut. Kini negara jiran tersebut diramal bangkal menjadi kuasa ekonomi dunia menjelang tahun 2050, kesan tersingkirnya penguasaan parti dominan.

Jika rakyat negara ini, mahu juga menjadi sebahagian daripada kuasa ekonomi dunia, maka rakyat perlu bertindak berani, sentiasa mengekalkan kerajaan pelbagai parti.

Kerajaan pelbagai parti,adalah kerajaan tanpa parti yang boleh membentuk kerajaan secara bersendirian,melainkan memerlukan sokongan parti-parti lain. Menerusi kaedah ini, maka mengelak adanya ABANG BESAR, seperti mana kerajaan lalu-lalu, yang menyebabkan parti-parti kecil terpaksa angguk walaupun tidak bersetuju.

Rakyat perlu mengajar pemimpin yang terbiasa makan sendiri, sehingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, kerana berkedudukan “untouchable”.

1 comment:

Nazrio said...

serupa je..

undi PN
pas menang
undi BN
pas menang
nazriod

Blog Archive