Monday, September 19, 2022

PRU-15 DI MUSIM TENGKUJUH- APA TUJUANNYA?

7 Oktober, 2022, dijadualkan Pembentangan Bajet Tahun 2022.

Pembentangan tersebut, hanya memenuhi syarat pentadbiran, kerana mungkin tidak berkuat kuasa, dan bajet serupa akan dibentang sekali lagi selepas pilihan raya.

Ada yang meramalkan selepas pembentangan, sebelum diluluskan, parlimen dibubar, agar PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh.

Musim tengkujuh, adalah masa-masa mencabar untuk semua rakyat di kawasan-kawasan yang kerap banjir.

Jika masa kempen berlaku pada musim ini, hanya parti yang cukup dana dapat melaksanakan kempen efektif, selain itu Perdana Menteri sementara dapat menggunakan peluang itu menggunapakai jentera kerajaan untuk sampai pada rakyat terutama para mangsa.

Kata peribahasa-sambil menyelam sambil minum air.

Musim tengkujuh juga diperlukan oleh parti yang menghandalkan penyokong tegar, supaya pengundi pasif atau atas pagar tidak keluar mengundi.

Semakin ramai pengundi pasif atau atas pagar keluar mengundi, semakin menipis peluang parti yang bersandarkan pada pengundi tegar menang.

Telah terbukti, pada PRN Melaka dan Johor, apabila pengundi pasif atau atas pagar tidak keluar mengundi, maka sokongan pengundi tegar boleh menjadikan parti yang disokong menang banyak kerusi walaupun kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan minoriti.

Pembubaran parlimen dalam masa terdekat bukan teka teki lagi, hanya menghitung hari. Hanya menunggu Perdana Menteri menghadap Agong mohon perkenaan pembubaran.

30 September, 2022, mungkin pemuktamadan tarikh pembubaran, dan sudah tentunya hanya TOP5 Umno yang mengetahuinya, walaupun mungkin Perdana Menteri memberi isyarat pada jemaah menteri, isyarat bersedia dengan pembubaran parlimen.

Selepas Agong membubarkan parlimen, SPR mempunyai 60 hari untuk melaksanakan pilihan raya. Jika mengambilkira pembubaran pada minggu pertama Oktober, maka PRU-15 diadakan paling lambat pada minggu pertama Disember. Pada masa-masa ini mungkin memuncaknya kejadian banjir di seluruh negara.

No comments:

Blog Archive