SETIAP kali melayari internet, peranti automatik memberi paparan NO INTERNET, bukan kerana data habis atau bayaran perkhidmatan tidak dibayar, akan tetapi tiadanya connectivity.
Rumah kediaman penulis, kira-kira 15km daripada PUSAT BANDAR, ibu negeri. Isyarat no internet tersangat kerap.
Penulis sudah diperangkap oleh semua pemberi perkhidmatan, hasilnya sama sahaja.
Semasa PKP, dan pembelajaran melalui PDR , dua anak penulis sangat terkesan, sehingga keputusan bukan sahaja merosot, tetapi ada mata ajaran mendapat markah D, tidak berlaku sebelum ini.
Perkhidmatan internet, sudah menjadi keperluasan asas, seperti mana air bersih dan elektrik.
Dalam dunia yang semakin maju ini, sungguh malang bagi rakyat Sabah, kemudahan asaspun belum dinikmati dengan sempurna.
Menyalahkan Kerajaan Negeri? Tidak wajar, sebabnya dana untuk pembangunan sangat terhad, kerana hasil kutipan hasil juga terhad. Lain isunya, jika kutipan hasil bersih Persekutuan 40% dikembalikan pada negeri, selain bayaran hasil minyak dan gas dinaikkan daripada hanya 5%.
Kalau lah Sabah tidak menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang hasil negeri, sudah tentu, kutipan hasil negeri belum mencapai RM5bilion. Sebabnya, walaupun negeri adalah pengeluar hasil kelapa sawit terbesar dalam negara, akan tetapi, hasil bukan untuk negeri, akan tetapi di bawa oleh pemilik ladang keluar daripada negeri.
Perubahan kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, Sabah mendapat tambahan hasil daripada cukai jualan minyak dan gas dalam negeri, tambahan 5% royalti daripada Petronas. Bayangkan Sabah dinafikan cukai jualan produk tersebut sejak tahun 1976, cuba tekan kalkulator berapa bilion ringgit.
Dana adalah segala-galanya, jika kemudahan asas atau awam memenuhi ukuran standard. Tanpa dana, maka permukaan jalan berlubang, bergelombang, kerapnya bekalan air kering, kerapnya bekalan elektrik terputus, tidak dapat dielak, kerana dana diperlukan untuk penyelengaran dan pembaikpulihan.
Kemudahan awam adalah penghalang utama untuk maju cepat, walaupun, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya mengatasi semua kekurangan ini, dengan memaksimumkan setiap sen dana yang dimiliki. Buktinya, pelabur dapat melihat semua tindakan kerajaan tersebut, atas sebab itu, Sabah mencatit penerima pelaburan asing tertinggi ketiga dalam negara, daripada Januari-September,2022 yang berjumlah RM9.9bilion.
Sebenarnya, Sabah tidak ketinggalan sebegini jauh, jika kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Malangnya, berdekad, hak-hak negeri dinafikan, malah sebelum tahun 2003, mana-mana pemimpin Sabah membangkitkan perkara MA63 dianggap sebagai anti Persekutuan, malah ada yang ditangkap tanpa bicara menerusi Akta Keselamatan Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada era Perdana Menteri ke-6.
Kesan menafikan hak-hak Sabah daripada segi peruntukan sekian lama, juga memberi kesan yang berpanjangan, termasuklah perkhidmatan internet. Tidak terbayangkan di kawasan-kawasan luar bandar, bagai mana seksanya rakyat, menggunakan keperluan asas yang baharu ini.
No comments:
Post a Comment