Friday, September 23, 2022

AKAN ADA KAH UNDI SIMPATI?

PERNAH berlaku di Sabah pada tahun 1985, kerana undi simpati, maka parti yang menerajui kerajaan tumbang. Selepas itu, tiada lagi undi simpati pernah menumbang parti yang menerajui kerajaan.

Apa yang berlaku pada PRU-14, parti kerajaan tumbang, bukan kerana undi simpati, akan tetapi kombinasi antara penyokong pembangkang dan rakyat kerana isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pemimpin parti kerajaan.

PRU-15, undi simpati juga bukan isu signifikan yang menjadi panduan rakyat mengundi, akan tetapi masih berpaksi pada isu-isu rasuah, salah guna kuasa, dan integriti.

Mana-mana parti dipimpin pemimpin terpalit isu jenayah rasuah, tidak dapat memaksa rakyat menyokong mereka, kerana semata-mata atas asas perjuangan, akan tetapi parti-parti seperti ini tidak dinafikan akan mendapat sokongan daripada ahli dan penyokong tegar.

Apabila peratusan pengundi keluar mengundi tinggi, maka membimbangkan parti-parti dalam kategori ini, atas sebab itu, mahu pilihan raya diadakan pada musim, banjir atau tengkujuh.Tujuannya agar pengundi pasif dan atas pagar tidak menggunakan hak demokrasi mereka.

Penulis menaruh kepercayaan bahawa kecenderungan majoriti pengundi negara ini mahu mengwujudkan kerajaan yang bersih, bebas isu-isu moral, yang dipimpin mereka yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti.

Rakyat diyakni mempunyai keberanian membuat keputusan, seperti mana PRU-14, agar kerajaan yang ditubuhkan dapat mempergunakan setiap sen dana awam untuk kepentingan rakyat dan negara.

No comments:

Blog Archive