Tuesday, July 05, 2022

TAHUN 2021 SELEPAS 9 TAHUN ICSB CATAT KEUNTUNGAN RM424 JUTA SEBELUM CUKAI

TIDAK selamanya persepsi yang mengatakan apabila syarikat korporat diketuai orang politik, maka tidak akan mencipta keuntungan.

Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) pada tahun 2021 telah mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM424 juta berbanding RM112 juta pada tahun 2020, peningkatan RM312 juta merupakan 4 kali ganda. Keuntungan tersebut merupakan tertinggi selepas 9 tahun.

Pengerusi Eksekutif ICSB yang juga Pengarah Yayasan Sabah – Datuk Sri Haji Gulamhaidar yang juga ADUN Kawang, dilantik ke jawatan tersebut selepas Kerajaan GRS-BN Sabah membentuk kerajaan pada September, 2020.

Berbekalkan 3 bulan pada tahun 2020 untuk mengatur strategi meningkatkan hasil dan keuntungan untuk tahun 2021, akhirnya menjadi kenyataan, bukan sahaja menghasilkan keuntungan 4 kali ganda, akan tetapi mencatat rekod tersendiri.

Pencapaian syarikat korporat seperti ICSB akan sangat membantu kerajaan negeri daripada segi sumber kewangan, bukan sahaja untuk tujuan pembangunan infrastukutur akan tetapi pembangunan modal insan.

Pengumuman pencapaian ICSB diumumkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-120 Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Siri Bil 1/2022 di Menara Kinabalu pada Isnin.

Menurut Hajiji, peningkatan keuntungan tersebut disumbangkan oleh kenaikan hasil daripada RM819 juta pada tahun 2020 kepada RM1.2bilion pada tahun 2021. Peningkatan sebanyak 45 peratus atau RM369 juta itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 2013.

ICSB yang telah diperbadankan pada tahun 1988 mempunyai misi sebagai jentera pelaburan, pengurusan dan syarikat pemegang bagi anak-anak syarikat kumpulan Yayasan Sabah.

Untuk memperkasa peranananya ICSB telah memperluas asas penjanaan pendapatan daaripada sektor perhutanan daan berasaskan kayu kepada pelbagai perniagaan yang lebih produktif seperti pelancongan, agropeladangan serta minyak, gas dan tenaga.

Tahniah kepada kerajaan GRS-BN yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang mempunyai visi Sabah Maju Jaya, yang turut diterjemahkan oleh syarikat-syarikat milik kerajaan seperti ICSB.

No comments:

Blog Archive