Wednesday, July 06, 2022

PEMIMPIN JIKA BERSALAH PERLU JALANI HUKUMAN PENJARA DAHULU SEBELUM BOLEH DIAMPUNKAN

BETUL apa kata Timbalan Presiden Umno- Datuk Seri Mohammad Hassan, jika berdasarkan rekod, mana-mana pemimpin yang dijatuhi hukuman penjara perlu menjalani hukuman itu terlebih dahulu sebelum proses pengampunan.

Pemimpin terbaharu yang diberi pengampunan adalah Presiden PKR- Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa pengajaran daripada rekod ini? Ertinya tiada pihak yang boleh bertindak melawan proses tersebut.

Pengakuan Timbalan Presiden Umno tersebut adalah untuk menafikan, jika Umno dan BN membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-15, dan kemudiannya ada pemimpin Umno didapati bersalah dan dihukum penjara, mereka itu perlu menjalani hukuman tersebut terlebih dahulu sebelum proses pengampunan, tidak akan diampunkan tanpa proses tersebut terlebih dahulu.

Isunya disini, berapa lama hukuman penjara tersebut? Pemimpin yang dijatuhi hukuman penjara sebelum ini bertahun-tahun meringkuk dalam penjara, sebelum diampunkan.

Dalam keadaan semasa, dua pemimpin utama Umno sedang berhadapan penjara, iaitu Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak. Najib sudah dijatuhi hukuman penjara, kini dalam proses rayuan di mahkamah Persekutuan, manakala Zahid masih dalam proses perbicaraan, juga diancam dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Rakyat negara ini mempunyai pilihan, jika mereka tidak mahu terkait dengan parti yang mempunyai pemimpin disabitkan kesalahan jenayah rasuah atau yang berhadapan dengan proses perbicaraan kerana rasuah, maka jauhkan diri daripada parti tersebut.

Dalam masa sekarang, dua parti yang mana pemimpin utama sedang berhadapan dengan perbicaraan kerana jenayah rasuah, iaitu Umno dan DAP.

Terpulang pada rakyat negara ini pada PRU-15, samada memberi mandat pada parti yang bebas rasuah atau sebaliknya.

Jika parti yang terpalit rasuah diberi mandat, jangan pula bising-bising lagi, seperti kata peribahasa rumah siap pahat berbunyi,kerana itu lah pilihan ada.

No comments:

Blog Archive