Wednesday, July 06, 2022

JANGAN KORBANKAN RAKYAT

KOMEN-KOMEN mereka yang baru setahun jagung menyertai politik, seolah-olah menjiwai kehendak rakyat Sabah, sebenarnya hanya menambah kekusutan, tidak pun mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat.

Kerajaan negeri yang dibentuk pada September, 2020 selepas PRN-16 Sabah, menggambarkan betapa susahnya membentuk sebuah kerajaan, kerana syarat membentuk itu mesti lah memenuhi kretiria majoriti mudah.

Bagi Sabah, parti-parti yang boleh membentuk kerajaan sekurang-kurangnya mempunyai 37 kerusi daripada 73 yang tersedia.

Keputusan PRN-16 Sabah, tiada mana-mana parti mendapat lebih separuh daripada yang dipertandingkan.

Oleh kerana sebelum penamaan calon, parti-parti seperti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS telah mengikat persefahaman, menerusi Gabungan Rakyat Sabah (tidak formal), maka membolehkan parti-parti itu mengabungkan kerusi-kerusi yang dimenangi untuk mencapai majoriti  mudah.

Nasib baik selepas pengumuman, tiada parti daripada gabungan tidak rasmi tersebut bertukar angin, kerana Parti Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) telah memasang jerat yang mentargetkan PBS, sehinggakan Ketua Penerangan PBS masa itu- Datuk Joniston Bangkuai terpaksa mengeluarkan kenyataan, bahawa PBS kekal bersama GRS.

GRS menang kerusi menerusi PN-17, BN-14 dan PBS-7, yang berjumlah 38, dan melepasi syarat majoriti mudah. Di pihak Warisan Plus pula hanya memerlukan 5 kerusi, untuk mencapai syarat majoriti mudah, atas sebab itu berani mencuba mengail PBS.

Jika mereka yang baru mencebur diri dalam dunia politik, dapat menghayati betapa sukarnya mencapai sejumlah kerusi yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan, sudah tentu, tidak akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan jelek berkaitan hubungan antara parti-parti dalam GRS dan BN.

Kepemimpinan kerajaan negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor berusaha untuk merapatkan semua pemimpin baik dalam GRS dan BN, untuk bersama-sama mencapai visi negeri Sabah Maju Jaya.

Meretakkan hubungan GRS-BN Sabah di tengah jalan, sama lah tidak menghormati mandat rakyat.

Penulis berpandangan, mana-mana pemimpin yang mempersoalkan hubungan antara GRS-BN Sabah, sama lah memersoalkan aspirasi dan kehendak rakyat yang  telah memberi mandat.

Semua pihak perlu berlapang dada, sesuai dengan amanat Ketua Menteri Sabah- jangan gaduh-gaduh, jangan rebut-rebut kerusi. Semua boleh dirunding, dan rundingan berdasarkan prinsip menang-menang.

Jadikan sempadan apa yang berlaku pada PRN-16, kerana keterujaan bertanding, hasilnya hanya menang sebagai calon, akan tetapi gagal menang kerusi. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive