Thursday, July 07, 2022

BEZA NAJIB DENGAN PEMIMPIN LAIN

Datuk seri NAJIB RAZAK berbekalkan pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 9 tahun, maka menjadi penilai pada mana-mana menteri, pada mana-mana aktiviti, pada mana-mana kejadian, baik ekonomi, kesihatan dan sebagainya, sehinggakan mantan Perdana Menteri itu bertukar kepada superman selain BossKu.

Najib juga untuk sementara satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang terpalit dengan berbagai skandal, khususnya berkaitan wang.

Perdana Menteri ke-6 negara itu menggunakan kaedah atau pendekatan CASH IS KING-wang itu adalah raja, sesuai dengan hujah digunapakai - I Help U, U Help Me.

Najib juga satu-satu mantan Perdana Menteri Malaysia yang disabit kesalahan penjara dan denda, kerana terlibat rasuah.

Penyokong berbayar Najib bersama pemakan dedak lain, termasuk juga beberapa pemimpin yang “pernah” menjadi sebahagian daripada penerima wang menjadi jurucakap dan pembela mantan Perdana Menteri tersebut, cuba meyakinkan rakyat, bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap BossKu adalah bermotifkan politik, walaupun dua peringkat mahkamah mendapati- semua tuduhan telah terbukti menerusi dokumen dan fakta.

Mahkamah adalah tempat membuktikan pertuduhan tidak benar, mahkamah juga membuktikan pertuduhan benar. Dua peringkat mahkamah mendapati Najib tidak dapat mengenepikan semua pertuduhan, melainkan semua pertuduhan adalah benar belaka. Atas sebab sistem undang-undang negara, untuk memuktamadkan tertuduh benar-benar bersalah, maka perlu melalui tiga mahkamah. Kini Najib sedang merayu di peringkat terakhir- Mahkamah Persekutuan.

Barisan peguam Najib telah dapat meneka, bahawa rayuan BossKu bakal ditolak, atas sebab itu selepas 4 tahun perbicaraan SRC International, sehingga disabitkan kesalahan, maka terfikir mengunakan perkhidmatan QC daripada UK. 21 Julai ini, mahkamah tinggi akan memutuskan, apa kah QC yang dilantik Najib dibenarkan mewakili beliau.

Sebenarnyanya, rata-rata rakyat negara ini, termasuk juga pemakan dedak (dalam hati saja) yakin BossKu bersalah. Mereka itu, termasuk juga kenyataan berlapik Timbalan Presiden Umno, menerusi temubual dengan wartawan AsiaTimes (walaupun dinafikan dengan mendakwa laporan tersebut memetik di luar konteks), yang mana rakaman audio temubual tersebut menjadi trending di media sosial (arround the globe).

No comments:

Blog Archive