Tuesday, July 05, 2022

ICSB TINGKAT KEUNTANGAN 4 KALI GANDA PADA TAHUN 2021

Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) pada tahun 2021 telah mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM424 juta berbanding RM112 juta pada tahun 2020, peningkatan RM312 juta merupakan 4 kali ganda.

Peningkatan keuntungan tersebut disumbangkan oleh kenaikan hasil daripada RM819 juta pada tahun 2020 kepada RM1.2bilion pada tahun 2021. Peningkatan sebanyak 45 peratus atau RM369 juta itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 2013.

Tidak dinyatakan punca peningkatan keuntungan bersih dan hasil syarikat, apa kah daripada hasil hutan atau kerana sumbangan hasil daripada ladang kelapa sawit, atau aktiviti perniagaan lain.

ICSB yang telah diperbadankan pada tahun 1988 mempunyai misi sebagai jentera pelaburan, pengurusan dan syarikat pemegang bagi anak-anak syarikat kumpulan Yayasan Sabah.

Untuk memperkasa peranananya ICSB telah memperluas asas penjanaan pendapatan daaripada sektor perhutanan dan berasaskan kayu kepada pelbagai perniagaan yang lebih produktif seperti pelancongan, agropeladangan serta minyak, gas dan tenaga.

Penulis pertama kali membaca laporan kutipan hasil serta keuntungan ICSB dihibahkan menerusi media cetak yang boleh dibaca secara umum sejak ianya diperbadankan, walaupun laporan tersebut tidak mempericikan, aktiviti mana yang menyumbang hasil dan keuntungan.

Tahniah kepada kerajaan GRS-BN yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor,yang mengamalkan ketelusan, dan setidak-tidaknya rakyat negeri mengetahui pencapaian syarikat gergasi milik kerajaan negeri tersebut.

Penulis juga rasa terkejut, apabila kutipan hasil tertinggi hanya RM1.2bilion, kerana sangkaan penulis selama ini, angka yang jauh lebih tinggi.

No comments:

Blog Archive