SANGAT jelas sekali, syarikat yang mengaut keuntungan minyak dan gas Sabah, enggan membayar SST ( State Sales Tax) merupakan cara syarikat tersebut merompak khazanah rakyat Sabah.
Mereka bergembira, berpoya-poya mencuri harta rakyat negeri, sementara rakyat negeri ini, terus dibiarkan papa kedana, daif, dan hanya mampu mengigit jari, melihat harta dikaut, demi kemewahan pihak lain.
Dua syarikat minyak yang menyedut minyak dan gas negeri Repsol Oil & Gas M Ltd (Repsol) dan SEA Hibiscus Sdn. Bhd. (SEAH) enggan membayar SST, kerana mendakwa, minyak tidak disalurkan di Teritori negeri, atas sebab itu, tidak perlu membayar SST.
Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan II Negeri Sabah- Datuk Seri Masidi Manjun, dua syarikat tersebut diberikan lesen oleh Kementerian Kewangan negeri, dan lesen tersebut tertakluk sebagai (taxable person) sesuai dengan peraturan SST tahun 1999. Ertinya, sebagai syarikat yang dilesenkan di bawa kuasa negeri, tidak timbul ketidak patuhan berkaitan lesen yang diberikan.
Walaupun minyak dan gas Sabah disedut sejak tahun 1974 sepatutnya rakyat negeri ini menikmati harta karun tersebut, akan tetapi, ianya tidak berlaku, sebaliknya, hasil digunakan memajukan kawasan lain, membina bangunan-bangunan pencakar langit, menyelamatkan syarikat-syarikat bermasalah yang tidak memberi pulangan pada rakyat negeri.
Ada lah malang bagi rakyat Sabah, berdekad lamanya, hanya mendapat 5% royalti, dan selepas terfikir kaedah baru mendapatkan sedikit kutipan daripada hasil, menerusi SST, ada pula syarikat enggan mematuhinya.
Jika syarikat-syarikat tersebut enggan mematuhi syarat-syarat lesen yang diberikan, maka kerajaan negeri perlu bertindak menarik balik lesen yang diberikan, dan memberikan lesen tersebut pada syarikat-syarikat lain, termasuk syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan negeri. Tindakan tersebut, bukan sahaja lebih selamat, akan tetapi, memberi manfaat lebih besar pada negeri, termasuk penyediaan lapangan pekerjaan.
Penulis yakin kerajaan GRS-BN Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor boleh bertindak lebih tegas, jika perundingan dengan syarikat-syarikat sedemikian mengalami kebuntuhan.
Rakyat Sabah, seecara umumnya sudah sedar, berkaitan hak-hak yang sekian lama dinafikan, seperti mana tindakan Persatuan Peguam Sabah (SLS) memohon semakan berkaitan bayaran balik hasil kutipan cukai Persekutuan di Sabah sebanyak 40 peratus.
No comments:
Post a Comment