Saturday, June 11, 2022

PENDEDAHAN MANTAN KSN- ERA NAJIB JANGAN BERULANG

JELAS motif memberi elaun RM30,000 sebulan kepada Ketua Setiausaha Kerajaan (KSN) sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB, tanpa terlibat pada sebarang mesyuarat, tanpa terlibat pada sebarang urusan syarikat gergasi itu, mempunyai kebarangkalian “tip of the iceberg” pada syarikat berkait kerajaan yang lain.

Pengelibatan mereka yang mempunyai kedudukan pada kerajaan seperti KSN, mempunyai matlamat tersirat untuk menutup sebarang kesangsian atau keraguan berkaitan operasi syarikat.

Cuba bayangkan, jika isu 1MDB tidak terdedah, perbuatan seperti ini, akan lenyap ditelan masa.

Tindakan seumpama ini, bukan sahaja menafikan, hak-hak rakyat biasa, akan tetapi merugikan negara, kerana memberi imbuhan secara percuma pada seseorang yang telah menerima gaji yang cukup lumayan, sedangkan masih ramai rakyat yang bergelut dengan kehidupan harian.

Imbuhan atau elaun sebanyak RM30,000 sebulan, jika mengambil kira pada masa itu, boleh mengaji 15 graduan lepasan universiti, yang boleh lagi mencipta produktiviti yang membawa pulangan samada pada ekonomi atau perkhidmatan.

Walaupun era Najib, segalanya adalah “cash is king” pun demikian, BN yang diterajui tumbang pada PRU-14.

Akhir-akhir ini, era Najib macam muncul semula, apabila mantan Perdana Menteri itu, seolah-olah disambut luar biasa pada majlis-majlis perjumpaan, fenomena yang sama sebelum PRU-14. Apa kah kaedah yang sama (cash is king) berulang?. Bukan kebiasaan pada mana-mana pemimpin di negara ini yang hilang kuasa, seperti mana yang diperlakukan pada mantan Perdana Menteri tersebut.

Penulis melihat strategi mantan Perdana Menteri tersebut hanya diterima penyokong tegar Umno/BN, kerana terbukti pada PRN Melaka dan Johor, undi parti itu tidak juga meningkat berbanding PRU-14, walaupun menang kerusi majoriti, kerana sistem First Past The Post (FPTP) akibat pertembungan tiga blok parti terbesar- BN-PN-PH.

Umno/BN hanya mendapat undi popular 43 peratus bagi dua PRN Negeri, akan tetapi menang dengan kuasa 2/3. Jika dilihat daripada segi peratusan pengundi, 57 peratus pengundi menolak Umno/BN, akan tetapi jumlah tersebut terpaksa akur, kerana perpecahan undi antara parti-parti.

Rakyat negara ini, terpaksa menerima dikuasai oleh mereka yang minoriti, kerana sistem demokrasi yang digunapakai, bukan berdasarkan undi popular.

Selagi, tidak terwujudnya sistem dua parti dalam negara, selagi itu, akan berlaku, rakyat majoriti terpaksa tunduk pada yang minoriti.

Bagi mengelak keadaan ini terus berlaku, para pemimpin politik perlu bergabung, kalau pun bukan menerusi sistem dua parti, akan tetapi mengwujudkan satu lawan satu pada pilihan raya. Hanya menerusi kaedah ini, boleh mengatasi, minoriti berkuasa atas majoriti.Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive