Sunday, June 12, 2022

KEMPEN NEGATIF BERKAITAN PELABUR NEGARA CHINA

PENULIS terbaca, kempen negatif berkaitan pelaburan negara China, kerana mengaitkan dengan negara-negara seperti Sri Lanka, Tanzania, Congo dan negara-negara lain, sedangkan apa yang berlaku pada negera-negara tersebut bukan lah dalam bentuk pelaburan akan tetapi membabitkan pembangunan hartanah, atau kemudahan awam, seperti pelabuhan, jambatan dan lebuh raya yang dibiayai negara China (bina dahulu bayar kemudian).

Manakala pelaburan adalah untuk membina kilang atau industri untuk mengeluarkan barangan tertentu, samaada untuk pasaran tempatan atau antarabangsa.

Syarikat-syarikat yang membuat pelaburan pada negara-negara tertentu, kerana pertimbangan input barangan tertentu. Pelaburan dalam industri sawit misalnya, sudah tentu pelabur akan melabur pada negara yang mempunyai keluaran kelapa sawit.

Syarikat yang melabur bermotifkan pulangan atau keuntungan daripada pelaburan. Pada masa sama, negara yang ditujui pelaburan tersebut, mendapat manafaat daripada segi kutipan cukai, peluang pekerjaan bagi rakyat, selain mendapat manafaat perpindahan teknologi.

Sabah misalnya mengalu-alukan pelaburan daripada negara China dalam industri kelapa sawit. Sebagai pengeluar terbesar minyak kelapa sawit dalam negara, industri ini perlu disokong dengan kilang-kilang penafisan, kilang-kilang olekimia atau produk hiliran lain yang berinputkan kelapa sawit.

Kerajaan Sabah sudah tentu maklum, bahagian mana diperlukan pelaburan berkaitan kelapa sawit, sebelum meluluskan pelaburan tersebut.

Kenyataan Timbalan Presiden Amanah- Datuk Salahuddin Ayub, yang mengingatkan Sabah, bahawa pelaburan negara China mempunyai motif tersirat untuk menguasai negeri, atau negeri menjadi tergadai, disifatkan sebagai kempen negatif, untuk menutup peluang Sabah maju dan membangun.

Perasangka negatif seumpama ini tidak patut timbul, pada saat-saat Sabah mahu memajukan negeri, selepas kehasuan kemajuan dan pembangunan lebih setengah abad.

Kerajaan Sabah,jelas dengan visi memajukan dan membangunkan negeri serta rakyatnya menerusi Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.

No comments:

Blog Archive