Tuesday, June 14, 2022

PARTI BIASA KALAH TIDAK TAKUT HILANG KERUSI

PARTI yang biasa kalah, tidak timbul, hilang kerusi atau kalah. Tetapi parti yang selalu menang, kalah bukan sahaja menyakitkan tetapi menjadi phobia.

Wakil rakyat yang menjadi menteri atau menteri besar, walaupun parti tidak menang, akan tetapi kerana penjajaran politik selepas pilihan raya, tidak akan merasa takut kehilangan jawatan tersebut, kerana memang pun jawatan itu hanya kebetulan, kalau hilang, hilang lah, kerana setakat itu sahaja rezeki yang Allah bagi.

Tetapi bagi mereka yang terbiasa dengan jawatan, bukan singkat masanya, akan tetapi berpenggal-penggal, apabila kehilangan jawatan akan menyerupai nenek kurang belanja- membebel sini membebel sana, sehinggakan menjadi pakar serba boleh, sedangkan semasa berjawatan, tidak pun keluar kepakaran tersebut.

Ada pemimpin mendakwa, bahawa parti-parti yang tidak menyokong PRU-15 sebelum tamat penggal, kerana takut kehilangan kerusi, sedangkan parti yang dituju itu, berdekad lamanya telah biasa kalah dalam pilihan raya, walaupun jumlah kerusi kadang bertambah, kadang berkurang.

Parti-parti yang enggan menyokong PRU-15 disegerakan, atas sebab sangat prihatian pada bebanan yang dihadapi rakyat masa ini, dan mengutamakan penyelesaian terlebih dahulu, sebelum meminta mandat daripada mereka. Mereka ini juga tahu, bahawa kos mengadakan PRU, bukan sedikit, boleh mencecah RM1bilion, bagi pendapat mereka, elok lah wang ini digunakan untuk meringankan beban rakyat. Lagipun, penggal Parlimen ke-14 hanya akan tamat pertengahan tahun hadapan.

Selain itu juga, para pemimpin parti-parti tersebut tidak mahu tercatit dalam sejarah tergolong gila kuasa, tidak menghiraukan kesusahan rakyat.

Rakyat negara ini masih taruma dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara lebih 2 tahun.

Impak pandemik tersebut adalah tekanan kehidupan termasuk kadar inflasi yang cukup tinggi, sehinggakan sara hidup rakyat sangat terkesan.

Para pemimpin parti yang enggan disegerakan pilihan raya, mahu kerajaan yang disokong menyelesaikan dahulu bebanan yang menekan kehidupan terutama golongan yang amat terkesan-golongan B40.

Julung kali berlaku dalam sejarah politik negara, parti pembangkangpun, tidak bersetuju PRU-15 disegerakan, kerana mengambil kira kesusahan rakyat, sedangkan berdekad lamanya, pembangkang lah yang mahukan PRU sekerap mungkin.

Perubahan politik negara pasca PRU-14, parti yang sebahagian daripada kerajaan pula yang mahukan sangat PRU, walaupun bukan semua pemimpin parti berkaitan. Hanya pemimpin yang berlumba dengan masa yang mahu PRU-15 disegerakan.

Ada lah lumrah, apabila seseorang berlumba dengan masa, maka semua ingin disegerakan, kalau-kalau percaturan itu dapat membantu menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi.

Dalam keadaan sekarang, pemimpin yang ingin sangat PRU-15 diadakan segera adalah kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Hujah mereka, bersandarkan pada “ Feel Good Factor” ekoran kemenangan pada PRN Melaka dan Johor, walaupun indikator tersebut tidak semestinya berulang pada PRU-15, sehinggakan Timbalan Presiden Umno- Datuk Seri Mohammad Hassan berpandangan, jika itu lah asas yang digunakan, boleh menjadi senjata makan tuan.

Rakyat pada umumnya menyedari, desakan diadakan PRU-15 segera daripada kumpulan Zahid, kerana untuk mengelak semakin terdedahnya, isu-isu yang terkait dengan “kluster mahkamah”, yang boleh membangun persepsi negatif dan kemudiannya menjadi liabilti pada Umno. Sedangkan tidak sedikit pemimpin parti itu berpandangan atau berpendirian (walaupun tidak diluahkan), peluang sedemikian adalah cara atau kaedah membersihkan parti daripada para pemimpin yang mempunyai isu moral.

Hakikatnya, hanya pasca-PRU-14 sahaja, Umno tidak bertindak pada pemimpin yang berjawatan parti, sedangkan jauh sebelum itu, sesiapa sahaja pemimpin yang berhadapan dengan isu moral apa tah lagi dihadapkan ke mahkamah, diminta bercuti atau melepaskan jawatan. Jika disenaraikan, berlosen-losen pemimpin parti itu diperlakukan sedemikian.

Penulis masih teringat, bagai mana hujah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menggantikan Pengerusi Perhubungan Umno sebuah negeri, dengan memberi alasan agar pemimpin tersebut dapat menumpukan masa dan tenaga berkaitan isu mahkamah yang dihadapi. Akan tetapi, apabila berkaitan dengan diri sendiri, hujah sedemikian tidak digunapakai, malah mantan Perdana Menteri ke-6 dilantik sebagai Penasihat Barisan Nasional, walaupun sedang dibicarakan, dan ada pertuduhan yang telah disabitkan mahkamah.

Penulis tidak faham,mengapa pemimpin yang tidak konsisten, berubah-ubah pendirian masih dikekalkan, malah masih disokong. Mungkin keadaan ini berlaku pada ahli-ahli parti Umno sahaja, tidak bagi rakyat pasif politik dan atas pagar.

Semua kita tahu, bahawa jumlah mereka yang pasif politik atau atas pagar jauh lebih besar jumlahnya berbanding ahli dan penyokong tegar parti yang dipimpin Zahid, akan tetapi tidak boleh mengubah keadaan, kerana berpecah, kecuali lah sekali lagi fenomena PRU-14 berulang.

Jika fenomena PRU-14 berulang, keadaan ini lah yang menakutkan Umno, bukan parti yang dituduh Presiden parti itu, Pas takut kehilangan kerusi.

No comments:

Blog Archive