DALAM keadaan sekarang, tiada mana-mana pemimpin politik yang waras cuba menggunapakai surat akuan bersumpah (SD) seperti mana berlaku semasa memilih Perdana Menteri ke-8 dan ke-9.
Sebabnya, jika itu berlaku, maka Perdana Menteri memohon Agong membubarkan parlimen, dan besar kemungkinan diperkenaan, kerana tiada lagi sebab kukuh menolok permohonan tersebut seperti mana berlaku pada Ogos, 2021, kerana isu pandemik Covid-19.
Lain senarionya apabila parti Perdana Menteri menarik sokongan, bertujuan supaya tiada sokongan majoriti. Pada keadaan ini lah parti pembangkang akan menyatakan sokongan pada Perdana Menteri, ertinya, tidak kehilangan sokongan majoriti untuk memaksa beliau memohon pembubaran parlimen.
Gerakan seumpama ini dicatur oleh G15 dalam Umno sendiri, akan tetapi mendakwa Tan Sri Muhiyiddin Yassin pula yang mengatur gerak menumbangkan Perdana Menteri sepertimana dakwaan Presiden Warisan dan beberapa pemimpin Umno, sedangkan dakwaan tersebut tidak berasas, malah bercanggah dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut.
Tan Sri Muhiyiddin adalah pemimpin yang mengotakan janji. Jika kata sokong, maka sokong, seperti mana beliau buktikan semasa pemilihan Perdana Menteri ke-8 pusingan pertama.
Pada pemilihan PM ke-8 tahap pertama, Presiden Bersatu itu menyokong Tun Dr Mahathir, akan tetapi, sokongan bersama, Warisan, GPS, Bersatu dan kumpulan Azmin Ali, tidak melepasi angka keramat 112, iaitu majoriti mudah yang diperlukan.
Pada pemilihan pusingan ke-2, PM-8, ada lah antara Tan Sri Muhiyiddin dan Datuk Seri Anwar.
Dua calon tersebut, kekal sehingga ke pagi hari menghadap Agong, akan tetapi, apabila semua ahli parlimen termasuk Muhiyiddin dalam perjalanan menghadap Agong, berlaku pertukaran saat-saat akhir antara Anwar dan Tun Dr Mahathir. Oleh kerana pertukaran mengejut ini, maka berlaku pertembungan antara Tun dan Tan Sri.
Oleh kerana para MP yang telah menghantar SD kepada Agong, sudah memutuskan memilih TSMY, terutama ahli parlimen GPS, yang hadir secara maya, tidak mengubah keputusan, hanya parti Warisan yang mengubah keputusan dari menyokong Muhiyiddin kepada Tun. Dengan sebab itu, TSMY mendapat 114 daripada 220 ahli parlimen, dan jumlah itu memenuhi persyaratan majoriti mudah.
TSMY mengangat sumpah Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac,2020.
Pada Ogos,2021, Perdana Menteri ke-8 tersebut terpaksa berundur, kerana kehilangan sokongan majoriti, apabila kumpulan 15 yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpaling tadah. Kerana tindakan tersebut, TSMY mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pengganti. Tujuan pencalonan ini, mempunyai bermatlamat serampang dua mata, pertama menggagalkan perancangan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kedua memaksa kumpulan G15 berpusing 360 darjah.
Jika ada dakwaan bahawa TSMY mengatur gerakan menjatuhkan DSIS, ianya hanya dakwaan karut, dan mainan pihak-pihak yang cuba mempersoalkan integriti mantan PM ke-8 tersebut.
Dalam keadaan sekarang, rata-rata pemimpin samada daripada pembangkang atau kerajaan (kecuali kumpulan Zahid),mahu menyelesaikan bebanan dan tekanan rakyat terlebih dahulu, sebelum meminta mandat.
Apabila bebanan dan tekanan pada rakyat selesai, kalaupun bukan keseluruhan, akan tetapi sebahagian besar, maka rakyat lebih tenang berhadapan PRU-15, dan seterusnya, dapat memilih parti yang dapat membela rakyat, parti yang bebas salah guna kuasa, serta bebas daripada pemimpin yang terkait dengan isu-isu moral.
No comments:
Post a Comment