Wednesday, June 15, 2022

ISU PARTI DALAM PARTI

ISU utama parti yang terdiri daripada berbagai parti, ada lah semasa pilihan raya semasa penentuan parti mana bertanding pada sesebuah kawasan.

Jika semua pihak bersetuju, mana-mana parti yang dipilih bertanding, maka tiada masalah, tetapi biasanya, walaupun di peringkat parti bersetuju, akan tetapi mereka yang tidak terpilih sebagai calon, “protes” termasuk sabotaj, kadangkala juga terang-terangan sokong pihak lawan.

Penulis terbaca, ketua-ketua bahagian parti STAR Lahad Datu, berhasrat bertanding di Parlimen Lahad Datu pada PRU-15.

Kawasan parlimen tersebut (sebelumnya parlimen Silam) dimenangi calon parti Warisan pada PRU-14, dan sebelum itu berpenggal-penggal dimenangi calon Umno.

Tidak salah mempunyai hasrat bertanding, akan tetapi perlu bersandarkan kekuatan, selain latar belakang pengundi di sesebuah kawasan, dan juga kecenderungan pengundi.

Kawasan parlimen Lahad Datu, jika berpandukan PRN-16 Sabah, adalah wilayah Parti Warisan, kerana kesemua 4 ADUN- Tungku, Segama, Silam dan Kunak dimenangi parti itu.

Sejarah kecenderungan pengundi kawasan tersebut, adalah parti yang berasaskan bumiputera islam. Parti-parti yang termasuk dalam kategori tersebut adalah Umno, Bersatu, Usno dan Warisan. Mana-mana parti diluar itu, walaupun mewakili blok baharu seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), agar sukar mendapat sokongan daripada pengundi.

Jika lah GRS membuat keputusan meletakkan calon daripada STAR, ertinya, gabungan tersebut membuka ruang yang lebar untuk parti Warisan menang dengan selesa, atau parti Umno.

Bagi pengamatan penulis, bagi kawasan parlimen tersebut, jika ditakdirkan pertembungan tiga penjuru, antara Umno-GRS-Warisan, calon yang diwakili Bersatu daripada GRS, akan mampu bersaing.

Bagi pendapat penulis, parti-parti dalam GRS, jika mahu kehadapan dalam PRU-15 di kawasan parlimen tersebut, perlu berdiri di belakang Ketua Bahagian Bersatu kawasan tersebut, iaitu mantan calon Silam pada PRN-16 Sabah, Haji Abdul Hakim bin Haji Gulam Hassan @ Hj Muda.

Jika sokongan ahli parlimen kawasan tersebut dan juga ADUN Segama yang kini bersama Bersatu, diambilkira, maka kebarangkalian untuk Haji Abdul Hakim bagi pihak GRS akan menang. Fikir-Fikirkan

No comments:

Blog Archive