Thursday, June 16, 2022

CALON BOLEH MENANG PARLIMEN KOTA BELUD

PENULIS tidak mengulas parti boleh menang, tetapi sebaliknya calon boleh menang. Mengapa demikian? Sebabnya calon boleh menang, mewakili parti manapun akan menang.

Senario ini lah yang berberlaku pasca PRU-14. Pengundi melihat, semasa dalam keadaan susah dan memerlukan, pemimpin lebih ke hadapan berbanding parti.

Bagi parlimen Kota Belud, jika berpandukan pada senario politik terkini, mencalonkan Datuk Salleh Tun Said, bukan sahaja memudahkan kempen, akan tetapi menjamin satu kerusi.

Betul pada PRU-14, ADUN Usukan itu kalah sebagai calon parlimen mewakili Umno/BN, tetapi kekalahan tersebut, bukan kerana penolakan pengundi secara sukarela, tetapi faktor-faktor lain.

Kini faktor-faktor lain itu sudah berlalu, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 Sabah, apabila Salleh menang besar, bertolak belakang dengan undi yang diperolehi semasa PRU-14.

Penulis sebagai pengundi Kota Belud, telah mengikuti kecenderungan pengundi parlimen ini sejak tahun 1990, atas sebab itu, sedikit sebanyak mempunyai maklumat yang boleh digunakan untuk meramal keputusan.

Pada PRU-14, penulis pernah menulis bahawa akan bakal berlaku kejutan bagi parlimen Kota Belud, kerana faktor-faktor tertentu, dan benar juga kerana faktor-faktor tersebut, telah menyebabkan kejutan atau keputusan yang ramai orang tidak menduganya.

Melihat senario politik terkini, bagi Parlimen Kota Belud, penyertaan mana-mana calon yang mewakili parti masing-masing, hanya sebagai perserta pesta demokrasi, jika Umno/BN mencalonkan Salleh pada PRU-15.

No comments:

Blog Archive