WALAUPUN agak terlambat syarikat-syarikat besar berkaitan kerajaan memulakan inisiatif untuk membasmi kemiskinan luar bandar, dengan cara melibatkan seramai mungkin rakyat yang tergolong miskin, bukan hanya terhad pada peneroka dan kelurga atau generasi ke-tiga.
Rakyat luar bandar, semasa harga sawit melonjak, hanya dapat mengigit jari, sedangkan pemilik mengaut keuntungan luar biasa. Apa yang malang lagi, sebahagian daripada mereka dinafikan menggunakan minyak sawit dalam kehidupan harian, kerana ketiadaan di pasaran, kerana penguasa mengutama keuntungan, melalui eksport.
Keadaan sama juga berlaku, pada rakyat Sabah secara umum, walaupun minyak dan gas terus dihisap di perut bumi negeri, tetapi hanya dapat bayaran 5%, dan apabila kerajaan negeri membuat keputusan menambah kutipan hasil menerusi SST, ada pula syarikat enggan membayar.
Cukup malang bagi Sabah, sehingga kini, masih berada dalam kategori termiskin dalam negara, tetapi apabila membaca data statistik, Sabah ada lah pengeluar minyak Sawit dan minyak & gas di negara ini, berbanding negeri-negeri lain, yang dikategorikan kaya, sedangkan tiadapun harta khazanah diberikan Tuhan pada negeri-negeri tersebut.
Apa sebenarnya yang berlaku? Apa kah negeri tersalah mengurus? Atau terlepas pandang, memanfaatkan sumber semula jadi, seperti tanah? yang memberi kemudahan pada syarikat-syarikat besar mengaut keuntungan semaksimum mungkin, atau menumpuk kekayaan, sedangkan negeri hanya bergantung pada kutipan hasil cukai?
Mungkin atas kesadaran ini lah, salah satu syarikat atau agensi kerajaan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) yang telah wujud lebih setengah abad, menambah aktiviti baharu, bukan lagi semata-mata untuk tanaman tahunan seperti kelapa sawit, akan tetapi tanaman kontan, dan mungkin produk hiliran lain.
Jika lah agensi tersebut, telah mengantisipasi, keperluan bahan makanan ternak, seperti jagung bijirin, kemungkin besar dapat menyumbang pada kekurangan bahan makanan tersebut dalam negara.
Kini, agensi kerajaan tersebut, semacam baharu menyedari potensi yang ada, apabila mendapat suntikan idea baharu, daripada Pengerusi agensi tersebut- Datuk Abdul Ghani Yassin, yang juga ADUN Nabawan.
Jarang kita terdengar, agensi seperti SLDB mempunyai KPI sendiri, seperti juga kementerian-kementerian. Pendekatan agensi tersebut, perlu juga dicontohi oleh agensi-agensi lain di negeri ini. Jika ratusan agenesi kerajaan menggunapakai pendekatan ini, bukan mustahil memperpercepat Sabah keluar daripada negeri miskin, dan sudah tentunya, jika rakyat luar bandar terkeluar daripada kategori miskin, maka dengan sendirinya, kedudukan negeri akan diperbaiki.
Kerajaan Sabah menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ) berusaha dengan keras, mengembeling semua tenaga, baik berkaitan pelaburan asing (tindakan mesra pelabur), pejawat awam perlu berinovasi (mesra rakyat), memacu pencapaian semua agensi atau syarikat berkaitan kerajaan, setidak-tidaknya dapat membayar dividen RM1juta setahun kepada kerajaan negeri.
Memang disadari, kerajaan negeri berlumba dengan masa, kerana tuntutan rakyat yang ingin maju seperti negeri-negeri lain. Para pemimpin juga sadar, setiap tahun, bertambahnya keluaran pengajian tinggi yang memperlukan pekerjaan. Atas sebab itu, agensi kerajaan seperti SLDB menyahut cabaran tersebut, kerana tidak sedikit juga anak-anak peneroka adalah berpendidikan dan keluaran institusi pengajian tinggi.
Tahniah, kepada SLDB yang dapat memperhalusi suntikan idea baharu, sejak sekian lama, hanya berulit dengan tanaman tahunan.
No comments:
Post a Comment