Saturday, June 18, 2022

PRU-15: PARLIMEN PENSIANGAN

PARLIMEN Pensiangan ekoran PRN-16 Sabah telah menjadi wilayah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sebabnya tiga DUN telah dimenangi calon-calon daripada gabungan tersebut, dua Dun dimenangi calon STAR dan satu Bersatu.

Sebelum PRN-16 Sabah, parlimen tersebut ditandingi PBRS, menerusi Barisan Nasional (BN).

Walaupun negeri di bawah pemerintahan GRS-BN, akan tetapi pada PRU-15 yang membabitkan hanya parlimen, kebarangkalian pertembungan antara gabungan tersebut akan berlaku.

Melihat keperluan parlimen tersebut, calon yang bakal bertanding, sudah tentunya seseorang yang mempunyai potensi dilantik sekurang-kurangnya sebagai Menteri di peringkat Persekutuan. Jika itu lah pertimbangannya, maka calon yang dipilih perlu lah mempunyai pengalaman dan berkebolehan.

Penulis melihat, di pihak GRS, ada dua calon berpotensi dicalonkan pada kawasan parlimen tersebut, samada Senator Bobbey Ah Fang bin Suan atau Datuk Abdul Ghani Yassin (ADUN Nabawan). Kedua-kedua calon ini, selain berpengalaman di peringkat Persekutuan juga negeri, dan mempunyai potensi dilantik sebagai menteri penuh.

Terpulang pada kepimpinan GRS, memilih salah seorang daripada dua pemimpin yang disebutkan, kerana kedua-duanya adalah calon boleh menang (winnable candidate). Namun bagi maksud keseimbangan antara wakil-wakil rakyat, bagi pandangan penulis, elok lah memilih calon Bersatu.

Jika itu lah pertimbangan GRS, maka Ghani akan dicalonkan. ADUN Nabawan ini mempunyai perjuangan khusus untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar, khususnya kawasan-kawasan seperti Pensiangan, seperti mana beliau buktikan menerusi halatuju SLDB yang beliau pengerusikan. Kawasan luas seperti parlimen Pensiangan, cepat dibangunkan jika peruntukan Persekutuan terus mengalir. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive