Monday, June 20, 2022

PRU-15: TANPA GPS-TIADA PARTI MELEPASI 112

SEHEBAT manapun “Feel Good Factor” Umno, ekoran kemenangan kerusi 2/3 pada PRN Melaka dan Johor, gabungan 4 parti itu, sukar mencapai sasaran minimum 112, daripada 191 kawasan parlimen yang ditandingi.

Diramalkan parti itu boleh menang 90 kerusi daripada 191 (termasuk kerusi Wilayah Sabah dan WP Labuan). Jika itu lah jumlah yang dimenangi, maka perlu 22 kerusi lagi. Dan jumlah tersebut boleh datang daripada GPS, yang diramal akan mudah menang 25 kerusi daripada 31.

Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), GRS dan Warisan secara kombinasi akan menang 107 kerusi. 

Kalau lah hanya berasaskan angka, maka parti-parti ini hanya perlu 5 kerusi untuk mencapai sasaran 112, angka keramat membolehkan menubuhkan kerajaan.

Penulis meramalkan bakal berlaku parlimen tergantung pada PRU-15. Dalam keadaan demikian, maka pendekatan seperti Februari, 2020 dan Ogos, 2021 dalam penentuan Perdana Menteri dan kerajaan akan tertakluk budibicara Agong. Agong akan melantik seseorang yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Tiada sesiapa yang boleh menafikan, bahawa secara umumnya, rakyat negara ini, mahu melepaskan diri daripada gengaman parti politik dominan, kerana telah mengambil iktibar pengalaman berdekad-dekad, 

Pendekatan seperti itu, lebih banyak membawa mudarat secara umum kepada rakyat dan negara, kerana berlakunya petualang-petualang yang mengambil peluang demi kepentingan persendirian.

Rakyat mahukan sesebuah kerajaan yang kaya dengan semak dan imbang, kerana dapat membuahkan pencapaian maksimum untuk rakyat dan negara, seperti mana berlaku pada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan dilanjutkan menerusi kerajaan Keluarga Malaysia.

Rakyat negara ini telah membuka mata, memberikan kuasa “mutlak” pada sesebuah parti memerintah, maka telah menyebabkan ketirisan kewangan luar biasa, bermula dengan isu Bumiputera Malaysia Finance (BFM), kerugian tukaran asing Bank negara, Perwaja Steel, 1MDB, dan kini berkaitan syarikat UKSB yang dikatakan menjadi ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemimpin tertentu bagi membantu memperkukuh kedudukan atau kuasa.

Rakyat luar bandar Sabah tidak lupa bagai mana berbilion ringgit dana KKLW sepatutnya digunakan untuk membina kemudahan asas luar bandar seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB) dan jaringan jalan luar bandar (JJLB), akan tetapi tidak kesampaian, kerana peruntukan menguap ke udara. Perbuatan seperti ini berlaku, kerana penguasaan “mutlak” sesebuah parti yang mana para pemimpinnya saling melengkapi untuk melindungi perbuatan masing-masing.

Kita semua tahu, apabila ada pemimpin “break ranks” maka dituduh bersubahat menjatuhkan pemimpin tertentu, dan kemudiannya dipecat.

Oleh kerana rakyat secara umum mahukan kerajaan berintegriti dan sentiasa dilihat berintegriti, kerana kuasa semak dan imbang, maka rakyat melihat sesebuah kerajaan yang memerintah perlu lah terdiri daripada kombinasi parti-parti yang tidak terikat satu sama lain, melainkan hanya bekerjasama demi rakyat dan negara. Melalui cara ini, maka dapat mengelak,kerajaan KITA-KITA SAHAJA, mengelak saling menutup “partner in crime”

Apa yang pasti, sebelum sampai ke hadapan Agong untuk mengulangi kaedah Februari, 2020 dan Ogos, 2021, GPS Sarawak akan menjadi PENENTU. sama-sama kita tunggu.. akan kah demikian???.

No comments:

Blog Archive