JIKA mengimbau kembali keputusan PRU-14, maka didapati tiada parti yang dominan, ertinya, untuk tujuan mendapatkan majoriti mudah, maka antara parti perlu bekerjasama.
Keputusan PRU-14, jumlah kerusi masing-masing parti menurut urutan Umno (54), PKR (47), DAP (42), PAS (18), BERSATU (13), AMANAH (11), WARISAN (8), komponen BN (25), Bebas (3) dan STAR (1).
Berasaskan perubahan senario politik tanah air, pada PRU-15 ada parti menambah kerusi dimenangi ada parti kehilangan kerusi.
Di Semenanung Parti-parti yang mempunyai kebarangkalian menambah kerusi adalah Umno, MCA dan MIC, manakala di Sarawak adalah Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS). Di Sabah pula, akan berlaku jumlah kerusi yang seimbang, manakala parti yang banyak kehilangan kerusi ada lah parti Warisan.
Di Semenanjung, berasaskan senario politik semasa, PKR, DAP, Amanah tidak akan dapat mengulangi jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-14, manakala Bersatu dan PAS, menerusi Perikatan Nasional (PN) mempunyai kebarangkalian menambah, akan tetapi nisbah penambahan tidak setinggi Umno, MCA dan MIC.
PRU-15, dilihat akan mengembalikan kedudukan Umno sebagai parti dominan di negara ini, seperti mana yang lalu-lalu. Tanda-tanda itu dapat dilihat pada dua PRN negeri, Melaka dan Johor, walaupun ada yang mengatakan PRN serupa PRK, berbeza keadaannya dengan PRU.
Memang, jika dilihat pada keputusan PRK yang lalu-lalu, berlaku keputusan yang berbeza pada PRU.
Kelebihan pada Umno atau BN, adalah dapat memanfaatkan Sistem First Past The Post (FPTP), jentera, dan penyokong tegar, selain parti yang mempunyai ahli terbanyak.
Tiada yang dapat dilakukan oleh parti-parti lain melawan Umno/BN jika pertembungan tiga penjuru, terutama di kawasan majoriti kaum melayu dan marjinal, demikian juga tiada yang boleh dilakukan Umno/BN di kawasan-kawasan majoriti kaum cina melawan PH, khususnya parti DAP.
Pada keadaan sekarang, parti yang tersangat yakin mendapat mandat adalah Umno, manakala parti yang mahu menerima seadanya adalah Parti Pas. Bagi Pas menang kalah bukan persoalan, kerana parti itu telah biasa sebagai parti pembangkang. Tujuan dan matlamat parti itu adalah jangka panjang, iaitu penyatuan Ummah. Parti itu mahu sangat PAS-UMNO-BERSATU saling berkerjasama di bawah payung Muafakat Nasional (MN). Bagi PAS, jika gagal menyatukan tiga parti itu, pada masa sekarang, maka akan berlaku pada masa hadapan.
Tersangat jelas, Pas tidak mahu lagi menjalin kerjasama, dengan mana-mana blok selagi ada unsur DAP, sebab itu parti itu menolak cadangan Kemah Besar.
Bagi Pas, jika Umno kembali sebagai parti dominan, maka baik untuk kaum melayu, tetapi mengingatkan, alang kah eloknya juga menyertakan Bersatu dan parti itu bagi kesejaterahan umat secara umum.
Umno telah menjadi dominan berdekad lamanya sebelum kehilangan kuasa pada tahun 2018, sepatutnya mengambil iktibar, bahawa kuasa tidak selamanya kekal dan akan tumbang jika adanya perpecahan. Parti itu, perlu mengorak langkah penyatuan, bukan perpecahan, jika mahu kaum melayu/bumiputera terus berkuasa di tanah air sendiri. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment