SAMADA Datuk Shafie gagal membaca mereka yang menyertai parti itu kerana mengambil peluang menjadi wakil rakyat ataupun corak kepemimpinan beliau yang ditolak.
Mereka yang dahulunya mencium tangan Presiden parti itu apabila bersalaman dan atas sebab itu dipilih mewakili parti itu pada PRN-16 Sabah, apabila parti gagal menjadi kerajaan dan dilihat tiada masa depan lagi, maka mereka mencari tapak baharu untuk menyelamatkan diri. Untuk rekod, setakat ini 6 ADUN parti itu telah keluar daripada parti.
Mereka yang meninggalkan parti itu dan menyertai parti yang sedang memerintah, sama saja ceritanya, apabila mereka menyertai Warisan. Mereka ini, sebenarnya, bukan lah pemimpin yang mempunyai rekod perjuangan, kalau pun ada, akan tetapi diketapikan oleh parti yang pernah mereka sertai, atas sebab, hanya menjadi liabiliti, manakala yang lain pula hanya terdiri daripada mereka yang mencari peluang, walaupun tidak semua.
Pada masa Parti Warisan dianggap sebagai parti yang boleh mendominasi politik Sabah, walaupun tidak pernah menang pilihan raya, terutama semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH), mereka ini kekal dalam parti itu, dan kemana-mana asyik menunjukkan simbol parti itu, dua tangan yang digandingkan bagi membentuk W, termasuk semasa banjir melanda rakyat. Apabila parti dilihat bakal tenggelam, maka mereka tidak berusaha menyelematkannya, sebaliknya membiarkannya terus tenggelam.
Pada era kerajaan PH, kerana mungkin melihat bahawa parti Warisan bakal mendomiasi politik Sabah, maka ada pemimpin pemimpin GRS pada hari ini sebahagian besar mesra kerajaan yang diterajui parti itu, tetapi bertukar arah, apabila Warisan tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya bertidak sebagai pembangkang. Kerana tindakan tersebut, maka kehilangan sokongan majoriti ADUN Sabah, dan sepatutnya tumbang pada Julai, 2020, akan tetapi Shafie sempat membubarkan DUN, bagi memberi laluan pada PRN-16 Sabah, yang akhirnya memukatmadkan pengakhiran kerajaan parti itu.
Mereka yang keluar daripada parti itu, kerana peluang tidak ada lagi selain mengambil iktibar berkaitan latar belakang politik Sabah, apabila parti yang sedang memerintah gagal mempertahankan kerajaan, maka itu lah pengakhiran dan biasanya tidak akan bangkit lagi, kecuali bertindak mengubah pendekatan, seperti mana dilakukan PBS pada tahun 2002, daripada parti pembangkang menyertai Barisan Nasional (BN) sebelum PRU tahun 2004.
Kini, kerana pendirian parti itu, tidak mahu menyertai mana-mana blok parti besar, sebaliknya cenderung bersama parti-parti kecil, adalah petanda, bahawa parti itu akan hanyut dalam arena politik Sabah.
Para pemimpin parti itu, tidak dapat menyelami aspirasi politik Sabah yang cenderung menyokong gabungan berbagai parti, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 Sabah. Kerana aspirasi dan kecenderungan rakyat Sabah tersebut, maka GRS ditubuhkan sebagai parti.
Sepatutnya melihat kecenderungan rakyat Sabah yang mahukan kestabilan politik, para pemimpin Warisan menyahut kenyataan Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Hajiji Haji Noor, agar semua pemimpin Sabah bersatu padu, cukup-cukup lah berpecah dan dipecahkan, untuk memajukan negeri dan rakyat, dan merealiasaikan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Keenggan menyambut cadangan untuk bersama-sama memajukan negeri dan rakyat, mungkin sebagai petanda, bahawa Shafie ingin tenggelam bersama parti beliau untuk selamanya.
No comments:
Post a Comment