KADANGKALA kenyataan Datuk Shafie Apdal berkaitan politik agak pelik, kerana boleh menggunakan faktor KENAL sebagai asas kerjasama, bukannya bersandar pada perjuangan sesebuah parti.
Kerana istilah yang digunakan Shafie, lantas Presiden PBS- Datuk Seri Maximus Ongkili, terima kasih lah, tetapi PBS kekal bersama GRS, kerana gabungan itu mempunyai perjuangan yang jelas, itu mengembalikan asas kerjasama politik Sabah semasa membentuk Persekutuan Malaysia.
Kerjasama dalam GRS bukan kerana faktor kenal pemimpin, akan tetapi berasaskan perjuangan gabungan tersebut. GRS bermisi sebagai parti dominan Sabah, bukan kerana pemimpin, atas sebab pemimpin silih berganti, datang dan pergi, yang kekal hanyalah perjuangan.
Jika Shafie dan pemimpin Warisan mahu berjuang demi Sabah dan rakyatnya, maka adalah dijemput menyokong misi GRS, dan tidak perlu menyertai gabungan tersebut, hanya perlu membawa suara yang sama.
Shafie perlu sedar, bahawa Sabah hanya mempunyai 25 kawasan parlimen, dan apabila dicampur dengan Sarawak hanya 56, dan ianya hanya 25.22% daripada 222, manakala Wilayah Semenanjung tanpa WP Labuan, mewakili 165 atau 74.32% daripada keseluruhan kerusi parlimen.
Dengan mengambilkira nisbah tersebut, maka suara Sabah dan Sarawak tenggelam, apatah lagi jika Sabah bersendirian.
Suara Sabah dan Sarawak pada masa ini masih boleh didengar, kerana faktor berpecahnya parti-parti politik di Semenanjung, jika tidak maka selamanya dua Wilayah ini, hanya melukut di tepi gantang dalam Persekutuan Malaysia.
Para pemimpin Sabah perlu menoleh ke belakang, asas utama menyertai Persekutuan Malaysia, kerana faktor kemajuan dan pembangunan. Walaupun kita merasakan kemerdekaan lebih setengah abad, semua kita mendapati, bahawa kemajuan dan pembangunan Sabah jauh ketinggalan berbanding Semenanjung (Malaya).
Mengapa keadaan ini berlaku, semua kita tahu, kerana kita berpecah dan mahu dipecahkan, dan akhirnya kerajaan silih berganti, yang menjadi penyebab terbantutnya kemajuan dan pembangunan negeri. Sebagai contoh, sebelum Parti Warisan mengambil alih kerajaan negeri pada Mei, 2018, kadar pertumbuhan ekonomi di atas 8 peratus, apabila kerajaan bertukar, pertumbuhan menjunam sehingga menjadi negatif.
Kini, pertumbuhan ekonomi meningkat semula, walaupun menyerangnya pandemik Covid-19 sejak Februari, 2020, malah kerajaan mencatit kutipan hasil tertinggi sejak merdeka, iaitu di atas RM5bilion.
Kerajaan BN-GRS Sabah telah melancarkan Sabah Maju Jaya, dan menyasarkan pada tahun 2025, Sabah lepas landas (take-off) sebagai sebuah negeri maju. Kerana misi ini, maka semua pihak perlu menyokongnya, kerana kalau bukan kita siapa lagi, dan bukan sekarang bila lagi.
Terima lah cadangan Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor, untuk semua pemimpin negeri bekerja bersama, sehinggakan Pengerusi GRS tersebut, berkata- Sudah-sudah kita berpecah dan dipecahkan.
Penulis melihat, cara Shafie berpolitik, membawa isu perpecahan, apabila membuat kenyataan apabila memilih-milih parti yang dibawa bekerjasama, dan menggunakan pendekatan PELIK,kerana faktor kenal pemimpin!!!.
Jika cara Presiden Warisan tersebut tidak berubah, penulis yakin, rakyat Sabah akan menolaknya, kerana kecenderungan rakyat Sabah, adalah untuk semua pihak bekerjasama, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 Sabah. Fikir-Fikirkan!!!.
No comments:
Post a Comment