BERSATU Sabah (PPBM Sabah) adalah pengasas penubuhan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama PBS, STAR dan SAPP.
Andaian Datuk Shafie Apdal, bahawa GRS akan berakhir seperti kerjaaan PAKATAN HARAPAN WARISAN PLUS, tidak akan berlaku, kerana asas penubuhan gabungan tersebut adalah BERACUAN LOKAL dan menggunakan FORMULA TEMPATAN, jauh berbeza dengan kolaborasi PH, Warisan Plus, hanya berbentuk persefahaman atau kerjasama, bukannya sebuah parti.
Presiden Warisan itu, berhujah demikian, kerana penolakan PBS atas tawaran untuk bekerjasama, sebaliknya parti tertua Sabah itu mencadangkan agar Warisan menyokong GRS, bagi memperkuat suara Sabah.
BERSATU Sabah tidak sama dengan parti-parti berdaftar di Semenanjung kerana tidak boleh bertindak seperti mana BERSATU, kerana parti-parti itu bukan beracuan lokal walaupun berformula tempatan.
Memang betul, BERSATU berdaftar di Semenanjung, tetapi dalam perlembagaan parti itu, tidak menghalang menentukan haluan sendiri, dan bertindak seperti parti tempatan. Kerana kedudukan BERSATU adalah demikian, maka tidak akan berlaku seperti mana hubungan antara PH dan Warisan.
Perjuangan GRS adalah jelas, untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Sabah dalam Persekutuan seperti mana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), berbeza dengan hubungan PH-Warisan sewaktu ketika yang lalu.
No comments:
Post a Comment