PARTI politik dominan Sabah silih berganti, sejak merdeka. Bermula dengan parti USNO, kemudian Parti Berjaya, Parti PBS, Parti Barisan Nasional, dan kini GRS-BN (peralihan) sebelum GRS menjadi parti dominan.
Pada 28 Mei, 2022, telah menjadi sejarah bagi GRS apabila dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga pengerusi gabungan tersebut, bertempat di bangunan SICC, Kota Kinabalu.
GRS adalah platform baharu dan penjajaran politik tempatan untuk menyatukan parti politik tempatan dan rakyat Sabah.
Menurut Hajiji gabungan tersebut adalah jajaran politik tempatan yang menggunakan formula tempatan untuk menyatukan rakyat menghadapi landskap politik baharu negara, sesuai dengan manifestasi aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah.
Keputusan PRN-16 Sabah pada September, 2020, akar umbi atau rakyat Sabah berkehendakkan semua parti bersatu dalam platform tempatan untuk menlonjakkan nilai dan makna perjuangan dalam arena politik tempatan dan nasional. Kehadiran parti politik nasional dalam GRS adalah tertakluk kepada agenda, teras dan prinsip gabungan tersebut.
GRS bergerak dan bertindak atas dasar formula tempatan, dan sendirinya telah menepis andaian Presiden Parti Warisan- Datuk Shafie Apdal, bahawa gabungan tersebut akan berakhir seperti mana hubungan antara Pakatan Harapan (PH)- Warisan Plus, semasa PRU-14.
GRS mempunyai perjuangan yang sangat jelas yang membezakannya dengan parti-parti politik lain, kerana menggunapakai 4 teras utama, iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah prosper, dan Sabah United.
Daripada 4 teras utama tersebut, teras pertama, iaitu Sabah First merupakan landasan utama pendekatan gabungan tersebut. Sabah First bermatlamat serempang dua mata yang bukan sahaja meletakkan hak dan kepentingan Sabah menjadi keutamaan akan tetapi juga melonjakkan status negeri ke kedudukan teratas dalam pelbagai aspek pembangunan.
Menerusi Sabah First tidak bermakna mengenepikan kepentingan negara, akan tetapi sebagai platform tempatan, amanah dan tanggungjawab besar meletakkan kepentingan negeri pada urutan pertama.
Selepas lebih setengah abad sebagai sebuah wilayah merdeka, telah tiba masanya setiap pemimpin dan parti politik yang beroperasi di Sabah, perlu bersekutu atau bekerjasama menjadi satu suara, untuk membawa suara rakyat Sabah di peringkat Persekutuan.
Semua pihak perlu menerima saranan Ketua Menteri Sabah, agar semua pihak menoktahkan perpecahan dan dipecahkan, kerana ianya hanya membawa negeri dan rakyat kepada kemunduran. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment