JIKA sesiapa berada pada kedudukan Datuk Seri ismail Sabri Yaakob, pasti berhadapan dengan keadaan dilema, ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Naib Presiden Umno itu, terpaksa memilih (kata dua daripada parti sendiri) kesetiaan pada parti atau barisan kabinet beliau.
Hakikatnya Perdana Menteri mahu dikenang sebagai pemimpin yang berpegang teguh pada janji, iaitu janji yang diikat bersama Pakatan Harapan (PH) menerusi MoU pada September, 2021, bahawa persefahaman tersebut terikat sehingga parlimen dibubar, dan tidak mengusulkan pembubaran sebelum 31 Julai, 2022 (persefahaman ini sesuai dengan titah Agong dan Raja-raja) maka tidak akan goyah dengan berbagai asakan, termasuk dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.
Jika MP Bera itu akur juga dengan desakan maka akan menunjukkan pada rakyat, bahawa beliau bukan lah Perdana Menteri yang mempunyai pendirian sendiri akan tetapi dipandu arah pemimpin lain.
Memang diakui, julung kali berlaku pada Umno, Presiden parti bukan Perdana Menteri, atas sebab itu, walaupun jawatan Perdana Menteri daripada parti itu, ianya terdedah pada asakan daripada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti.
Sepatutnya DSIS mendapat sokongan didahului oleh partinya sendiri, bukan sebaliknya.
Seharusnya tidak timbul sebarang desakan daripada parti sendiri, sebaliknya membantu beliau menaikkan imej sebagai Perdana Menteri yang juga secara langsung menaikan imej parti Umno sendiri.
DSIS berhadapan dengan tekanan, apabila sebahagian pemimpin dari parti beliau sendiri mengangkat isu kesetian, kepatahuan, dan segala macam istilah, menjadikan Perdana Menteri dalam keadaan dilema, samada tunduk atau ingkar dengan memilih pendekatan sendiri, sesuai dengan status jawatan Perdana Menteri, pemimpin nombor satu kerajaan, dan dalam pemerintahan orang ke-2 selepas Agong.
Kemungkinan tekanan dilakukan pada Perdana Menteri, kerana perlantikan beliau bukan lah pilihan pertama kumpulan yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semasa menjatuhkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, sebaliknya dalam diam menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun terpaksa akur, apabila DSIS dinamakan oleh PN dan GPS serta PBS sebagai calon Perdana Menteri ke-9.
Penulis yakin, DSIS sangat sedar apa yang berlaku dalam proses perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, pihak mana yang berjasa, dan pihak mana yang mengambil peluang.
Kesimpulannya, terpulang kepada Perdana Menteri itu, keputusan yang dibuat demi negara dan rakyat secara keseluruhan, sesuai dengan slogan KELUARGA MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment