Betul – PRU pertama sebagai Perdana Menteri- BN masih menang, walaupun dengan jumlah kerusi yang berkurang, dan pada PRU berikutnya, iaitu PRU-14, akhirnya tumbang.
Pemimpin yang menyebabkan kerajaan yang diketuai tumbang, tetapi masih mengaku relevan termasuk mengajar Perdana Menteri, kononnya masa ini PRU-15 diadakan, kerana BN dalam keadaan terbaik untuk kembali menguasai kerajaan.
Menggelar beberapa menteri sebagai menteri cap ayam, termasuk memperlekeh beberapa mantan menteri Umno yang kini bersama Bersatu, adalah penyebab masalah yang timbul termasuk harga ayam yang meningkat, ada lah contoh, pengakuan sebagai pemimpin relevan kerana boleh menilai menteri-menteri.
Mendakwa apa yang berlaku dalam negara, khususnya inflasi, hanya kerana menteri-menteri yang berkaitan ekonomi diterajui menteri bukan Umno, tanpa menghubungkan fenemona tersebut bukan sahaja berlaku di Malaysia, akan tetapi seluruh dunia.
Bernasib baik, menteri yang menjaga pengakutan dan keselamatan jalan raya, daripada MCA, parti komponen BN, jika tidak akan dituduh menteri cap ayam, kerana kemalangan jalan raya tidak dapat dibendung. Juga, bernasib baik, menteri yang menjaga kesihatan daripada Umno, jika tidak akan juga dituduh sebagai menteri cap ayam, kerana tidak dapat membendung kematian kerana Covid-19.
Mengaku sebagai relevan, kerana kerajaan akhirnya bersetuju pengeluaran RM10K wang KWSP, tanpa memikirkan impak pengeluaran tersebut terhadap harga barang sehingga menyebabkan inflasi. Inflasi kekal, sementara wang RM10K sudah menjadi uap. Idea yang teruk, diikuti mereka yang tamak, tidak memikirkan kesan jangka panjang, hanya kerana mahu menjadi popular sementara, maka yang terkesan adalah rakyat dalam golongan B40.
Kini berhujah pula, inflasi jangan jadi alasan untuk tidak mengadakan PRU-15 tahun ini, ertinya, jika dahulu pemimpin yang sama berdegar-degar, mengunakan slogan rakyat didahulukan pecapaian diutamakan, dilongkangkan, berganti dengan kuasa didahulukan jawatan diutamakan.
Jangan bawa rakyat dalam perancangan peribadi yang berselindung pada kebaikan, kerana rancangan Allah SWT jua akhirnya yang benar. Belajar lah pada perancangan sebelum BN hilang kuasa yang mengguna pakai "cash is king", walaupun ratusan juta dihabiskan, akhirnya tumbang jua.
No comments:
Post a Comment