Friday, June 10, 2022

LANGKAH SHERATON TARIK UMNO DARIPADA LONGKANG

LANGKAH Sheraton pada hakikatnya bertujuan untuk mengelak terpalit terus dengan MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI, bayaran tunai 30 ringgek untuk beli belah, menzarah aset-aset kaum melayu, menjual syarikat berkait kaum melayu, akan tetapi sebenarnya secara tidak langsung menarik Umno daripada longkang (istilah Khir Toyo).

Malangnya, niat suci tersebut, memakan diri sendiri, apabila rakan yang dijemput melaksanakan penjajaran POLITIK baharu, Umno, mengiggit tangan yang menghulur tangan.

Kalau bukan Tan Sri Muhiyiddin dan Azmin, Umno kekal pembangkang, sehingga tamat penggal, TIADA jaminan akan menjadi kerajaan semula selepas PRU-15.

Memang benar, Tan Sri Muhiyddin Yassin tidak jadi Perdana Menteri ke-8, kerana jawatan itu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika PH tidak tumbang.

Akan tetapi, jika Tan Sri Muhiyiddin Yassin bukan Perdana Menteri semasa Pandemik Covid-19 sedang memuncak, kemungkinan besar, penanganan pandemik itu tidak menghasilkan seperti yang ada sekarang.

Semasa virus Covid-19 SEDANG memasuki negara, kerajaan PH tidak menganggapnya serius, malah enggan sempadan negara ditutup, kerana menurut mereka pelawat yang datang sihat-sihat belaka, selain itu, tindakan kurantin bagi mereka yang dijangkiti hanya terhad di rumah masing-masing, kerana diberi alasan, kerajaan tiada kapasiti mengkuratin.

Bayangkan jika Muhiyiddin dan Azmin tidak bertindak, kemungkinan besar jumlah rakyat yang terjangkit dan kematian tidak seperti hari ini, akan tetapi jauh lebih tinggi, kerana pendekatan kerajaan PH yang menganggap Covid-19 tidak serius, malah MENANGGAPNYA seperti jangkitan virus-virus sebelum ini.

Kita masih ingat, bagaimana Timbalan Perdana Menteri masa itu (isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjemput rakyat Malaysia di pusat pandemik Wuhan dengan pesawat, dan setiba di Malaysia tidak dikurantin.

Selain itu, pendekatan Menteri Kesihatan era PH, tidak perlu adanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sebaliknya hanya perlu saringan kesihatan. Juga bagai mana menteri kesihatan, menolak peringatan WHO, agar negara melaksanakan PKP termasuk penutupan sempadan, kerana akan berlaku jangkitan tinggi dalam negara.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin ditakdirkan sebagai Perdana Menteri, maka pada 18 Mac, 2020, dilaksanakan PKP pertama seluruh negara. Pun demikian, jangkitan terus melonjak demikian juga kematian impak kluster Masjid Jamek, Sri Petaling. Bayangkan jika tidak dilaksanakan PKP???.

Perdana Menteri sekarang, dipertanggungjawabkan berkaitan SOP-SOP untuk mencegah jangkitan Covid-19, sementara Perdana Menteri pula mengajak rakyat berdoa, sambil mengumumkan berbagai bantuan pada rakyat, termasuk membuat keputusan membeli vaksin dan membayarnya sebelumpun vaksin tersebut dikeluarkan. Tindakan ke hadapan ini, telah membawa kejayaan besar pada negara, sehinggakan dapat membuka sempadan pada 1 April, 2022, dapat membuka semula semua sektor perniagaan dan aktiviti awam. Malah atas keberkesanan pemberian vaksin, dapat di adakan tiga pilihan raya negeri, iaitu Sarawak, Melaka dan Johor. Malang bagi rakyat negara ini, PRN-16 Sabah menjadi punca meluasnya jangkitan,kerana sepatutnya pilihan raya itu tidak boleh diadakan, kerana belum bermulanya pemberian vaksin. Walaupun vaksin belum bermula, ada calon parti Warisan yang juga bekas Menteri kerajaan PH, berhujah, jumlah jangkitan yang melonjak adalah sandiwara, dan jumlah mangsa yang dijangkiti akan jadi sifar, apabila PRN-16 Sabah berakhir.

Walaupun Tan Sri Muhiyiddin Yassin cuba meneutralisasikan berkaitan janji-janji PH yang tidak ditunaikan, dengan menarik diri daripada kerajaan, akan tetapi, ianya telah dijadikan senjata utama Umno, dan terbukti rakyat menerimanya, apabila rakyat Melaka dan Johor memberi mandat pada PRN negeri-negeri tersebut.

Rakyat khususnya penyokong Umno yang berpaling tadah pada PRU-14, akhirnya kembali menyokong parti yang biasa mereka pangkah setiap pilihan raya, kerana merasa tertipu dengan janji-janji, terutama berkaitan PTPTN, bayaran tol, selain Bantuan Tunai yang dikurangkan jumlahnya.

Memang diakui, Umno bersama BN, hanya disokong 43 peratus pengundi pada PRN Melaka dan Johor,mankala selebihnya menyokong PH dan PN, akan tetapi jumlah tersebut sudah cukup memenangkan banyak kerusi, kerana sistem First Past The Post (FPTP) yang digunakan.

Juga diakui, bahawa PN mendapat sokongan meningkat daripada pengundi melayu, tetapi pengundi tersebut bukan datangnya daripada penyokong tegar Umno/BN akan tetapi daripada PH.

Tidak dinafikan di atas kertas, jika undi PH dan PN digabungkan, maka Umno/BN tidak akan menang, seperti mana pada PRU-14, akan tetapi isunya, antara dua parti itu, sudah saling tidak percaya, jika pun dapat bergabung, UMNO/BN akan menyerangnya, dengan membangkitkan apa yang berlaku semasa kerajaan PH, yang dihantui dengan mungkir janji, dan untuk kaum melayu, akan dibangkitkan berkaitan aset-aset kaum itu dizarah dan dijual.

Di lain pihak, semasa Tan Sri Muhiyiddin Perdana Menteri, telah menyelamatkan para peneroka FELDA daripada lilitan hutang peninggalan kerajaan Barisan Nasional, khususnya era Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, akan tetapi, tindakan menyelamat ini hanya dikalangan peneroka, tidak menyeluruh.

Kesan isu 1MDB pula, tidak terkait secara langsung dengan rakyat, malah menganggap menerusi syarikat gergasi itu, tarif elektrik berjaya dikekang atau tidak naik, Petronas tidak dibebankan dengan memberi subsidi gas yang berbilion setiap tahun pada IPP milik swasta.

Isu pemimpin kleptokrasi hanya membabitkan individu, iaitu Datuk Seri Najib Razak, walaupun berimplkasi pada kemasukan pelaburan asing dalam negara, akan tidak secara langsung berkaitan rakyat. Juga, dakwaan pada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, adalah berkaitan individu, dan wang yang terlibat ada lah wang Yayasan sendiri, wang yang diberikan oleh syarikat untuk tujuan dana politik, bukan wang rakyat negara ini, akan tetapi wang yang dibayar pelancong asing ke syarikat pengendali di luar negara.

Oleh kerana pengertian demikian, maka Umno yang sudah nazak, dan pinjam istilah Datuk Khir Toyo, parti itu sudah masuk longkang, tetapi kembali mendapat kepercayaan penyokong tegar. Bayangkan, kerana “shock” akibat kekalahan pada PRU-14, tiada yang sudi merebut jawatan-jawatan parti, tidak seperti sebelumnya, jawatan ketua cawangan pun, direbut berbagai penjuru. Selain itu, Naib Presiden pun tidak sanggup mempertahankan jawatan, sehinggakan mereka yang terbukti ditolak rakyat dipilih mengisi jawatan tersebut.

Penulis hanya melihat keberanian mantan Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamalauddin Abu Bakar) yang bertanding jawatan Presiden, jika mungkin satu lawan satu, KJ telah jadi Presiden parti.

Pada PRU-15, penyokong tegar Umno, masih melihat parti secara keseluruhan, dan tidak sanggup membakar kelambu kerana seekor nyamuk. Bagi ahli Umno, pemimpin boleh diganti jika tidak disukai, akan tetapi, apabila parti kehilangan kuasa, maka hilang semuanya.

Atas pengertian demikian lah, maka PRU-15, akan menyaksikan kebangkitan Umno, kerana penyokong tegar parti tidak lagi menganggap isu yang menyelubungi pemimpin parti menjadi penghalang pada mereka untuk menyokong.

Semua analisis di atas berlaku di Semenanjung, akan tetapi tidak di Sabah, sebabnya pendekatan politik Sabah berbeza dengan pendekatan di Semenanjung. Umno Sabah tidak boleh mengganggap ikut bangkit seperti mana di Semenanjung.

Kencederungan rakyat Sabah, telah bertukar pada acuan lokal berformula tempatan. Kerana kecenderungan tersebut, maka parti-parti seperti Bersatu Sabah, PBS, STAR dan SAPP menubuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kemudianya menerima USNO sebagai komponen ke-lima.

Melihat pada kecenderungan rakyat Sabah, jika Umno atau BN memaksa bertembung pada PRU-15, dengan bertanding di kerusi-kerusi tradisi parti itu, dikhuatirkan akan berlaku, menang sorak kampung tergadai. Fikir-Fikirkan.

2 comments:

Unknown said...

Pengkhianat tetap pengkhianat

NMA said...

Abis apa pulak cerita tentang banyak menteri umno terima wang dari UKSB

Blog Archive