Friday, June 03, 2022

DESAKAN PRU-15 DISEGERAKAN ADA AGENDA TERSIRAT

TIDAK dapat disembunyikan, apabila ada pemimpin politik mendesak diadakan pilihan raya dengan segera, kerana pemimpin tersebut sedang berlumba dengan masa.

Pemimpin politik mendapat kuasa apabila parti yang dipimpin menang pilihan raya dan menjadi kerajaan.

Pemimpin yang sedang berlumba dengan masa, tiada pilihan lain, selain menunggang pada parti yang dipimpin, jika menang, maka menjadi penyelamat.

Dua pemimpin Umno yang mendesak PRU-15 disegerakan, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi-Presiden Umno, dan Datuk Seri Najib Razak-Penasihat Barisan Nasional.

Dua-dua pemimpin ini sedang dibicarakan di mahkamah dan bimbang disabitkan kesalahan.

Jika Umno/BN menang dan menjadi kerajaan, maka peluang mendapatkan pengampunan diraja, jika sabit kesalahan, seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Zahid dan Najib, mungkin berfikir, bahawa rakyat akan terpengaruh dengan naratif yang mereka pergunakan, bahawa pilihan raya diperlukan, agar Perdana Menteri daripada parti yang dominan, bukannya daripada parti minoriti, sedangkan Perdana Menteri sekarang, sedang bergembira dengan sokongan, ertinya sangat bebas mengatur sebarang strategi atau polisi mengurus negara.

Untuk rekod, sejak negara merdeka, belum ada Perdana Menteri yang mendapat sokongan bipartisan, hanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ada lah pelik, seorang Perdana Menteri yang mempunyai sokongan super majoriti, tidak dapat memerintah atau mengurus negara baik.

Penulis yakin, hanya penyokong tegar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid yang termakan naratif, bahawa menerusi PRU-15 segera, maka Umno/BN akan menang besar, seperti mana pada PRN Melaka dan Johor, walaupun sokongan pada parti itu hanya 43 peratus.

Bagi penulis, PRU-15 jauh berbeza dengan dua PRN negeri. PRU-15, tidak akan berulang bahawa jumlah peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah, kerana PRN negeri boleh disamakan sebagai PRK, yang mana kebiasaannya pengundi yang keluar mengundi rendah.

Pada PRU-15, jika peratusan pengundi di atas 70 peratus atau mencontohi peratusan PRU-14, tiada jaminan, bahawa Umno/BN boleh mengulangi kejayaan parti itu di dua PRN negeri.

Umno/BN sangat bergantung pada pengundi tegar dan ahli parti itu. Dan jika peratusan pengundi keluar tinggi, maka jumlah pengundi atas pagar dan pasif akan mengatasi jumlah pengundi tegar Umno/BN.

Jika parti-parti pembangkang dapat mengatur strategi, dan mengambil peluang daripada pengundi atas pagar dan pasif, Umno/BN akan terpaksa membayar mahal, termasuk gagal kembali sebagai peneraju kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive