UNTUK sementara sudah pasti, di Semenanjung- Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bertembung padaPRU-15, seperti mana PRN Melaka dan Johor.
Apa yang sudah dibuktikan, pada PRN Melaka dan Johor, GPS dan GRS berkecuali. Sebabnya kerana sebahagian dari kerajaan Persekutuan yang disokong bersama-sama BN, PN dan GPS.
Tidak dinafikan ada pemimpin parti anggota GRS hadir pada PRN Melaka dan Johor menyokong calon-calon PN, akan tetapi para pemimpin GPS-100% tidak melibatkan diri.
Kerana pendirian GPS pada PRN Melaka dan Johor tersangat jelas, berkecuali berkaitan hubungan antara BN dan PN, maka menjadi persoalan besar pada PRU-15. Apa kah menerusi pendirian tersebut, bererti, jika BN menang di Semenanjung, maka GPS menyokong, demikian juga sebaliknya.
Jikalau pendirian GPS konsisten demikian, maka, BN atau PN perlu berpandangan, kerusi-kerusi yang bakal dimenangi GPS adalah sebahagian daripada parti itu (GPS jelas tidak akan menjadi pembangkang kerajaan Pesekutuan).
Agak berbeza sedikit di Sabah, kerana GRS mungkin tidak dapat bertindak seperti GPS, kerana dalam GRS itu sendiri ada parti-parti anggota PN. Pun demikian, atas sebab blok parti terbaharu dalam negara itu menggunakan formula lokal atau tempatan, maka di peringkat Persekutuan akan bertindak seperti GPS.
Pada PRU-15, di Sarawak, jelas BN tidak akan meletakkan calon di negeri tersebut, tetapi tidak pasti bagi PN, walaupun telah dibuktikan bahawa PN menyokong GPS pada PRN negeri lalu.
Bagi BN,hanya perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di Semenanjung, dan jangan khuatir dengan Sarawak, kerana jika gabungan menang lebih banyak kerusi berbanding parti-parti lain, maka GPS akan bersama gabungan tersebut, demikian juga akan berlaku pada PN. Pendek kata, mana-mana parti yang menang banyak kerusi, maka itu lah yang bakal disokong gabungan parti-parti Sarawak tersebut.
Di Sabah pula agak unik sedikit, kerana BN (berpendekatan nasional) juga turut bertanding, maka kerusi yang dimenangi adalah sebahagian daripada kerusi BN secara keseluruhan, akan tetapi bagi GRS pula masih dipersimpangan, dan kepastiannya, selepas keputusan PRU-15 diketahui.
GRS boleh bertindak sebagai parti pelengkap pada mana-mana parti untuk mencukupkan majoriti mudah, dan juga boleh bertindak menyokong mana-mana parti yang menang majoriti mudah.
Mungkin atas ketidak pastian ini, maka BN Sabah berkemungkinan membuat keputusan “free contest”. Kemungkinan itu hampir pasti, kerana kenyataan Ketua Umno Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah- Datuk Seri Bung Moktar Radin, bahawa BN Sabah akur pada sebarang keputusan BN Pusat.
Isu yang menyelubungi antara BN Sabah dan GRS, BN Sabah tiada pilihan lain, melainkan bersama BN Pusat, berbeza sedikit dengan GRS yang boleh menjadi anak bulan. Pada kedudukan demikian, maka GRS dan GPS, tidak akan menjadi parti pembangkang pada peringkat Persekutuan, manakala BN Sabah sebaliknya.
No comments:
Post a Comment