Wednesday, June 01, 2022

HARGA BARANG

ISU kenaikan harga barangan keperluan dan makanan yang dilaporkan mencecah 60 peratus, menjadi polemik terbaharu masyarakat lantaran impaknya bukan sahaja menambah tekanan hidup golongan B40 tetapi juga kumpulan berpendapatan sederhana tinggi M40, khususnya yang tinggal di bandar besar.

Ini kerana peningkatan harga barangan keperluan dan makanan tidak hanya meningkatkan perbelanjaan isi rumah tetapi turut menjejaskan kemampuan mereka menabung.

Malah pemerhati menjangkakan kuasa beli pengguna terus menurun pada bulan-bulan mendatang berdasarkan data Harga Indeks Pengguna (IHP) atau kadar inflasi umum bulan lepas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurut jabatan itu, IHP bagi April 2022 meningkat 2.3 peratus kepada 125.9 peratus berbanding 123.1 peratus pada bulan sama sebelumnya.

Punca sementara kenaikan harga barangan, disebabkan gangguan rantaian bekalan, kerana berlaku ketidak seimbangan antara penawaran dan permintaan, juga kerana lebihan wang pada rakyat sehinggakan mereka berbelanja lebih daripada biasa. Apabila kesemua mahu berbelanja maka wujud situasi permintaan melebihi penawaran, sekali gus menyebabkan peningkatan harga barang. Keadaan diburukkan lagi oleh krisis Ukraine- Russia dan faktor cuaca global yang mengakibatkan hasil tani merosot, mendorong sesetengah negara pengeksport menghadkan eksport makanan bagi memastikan bekalan domestik mencukupi.

Dalam berhadapan senario ini, diperlukan langkah kerajaan baik jangka pendek mahupun jangka panjang, untuk menangani krisis makanan tidak menjadi kritikal.

Strategi kerajaan membantu rakyat menerusi subsidi bersasar, perlu disemak semula, kerana terbukti tidak berkesan menjamin harga barangan kekal rendah, kerana mereka yang berkemampuan masih perlu membayar pada harga pasaran, sekali gus mengakibatkan harga barangan secara keseluruhan akan terus meningkat.

Dilaporkan memetik Menteri Kewangan- Tengku Zafrul untuk tahun 2022, jumlah subsidi mmencecah RM28 bilion, petrol dan diesel, tidak termasuk subsidi minyak masak, gula, malah harga ayam. Jumlah ini melepasi kutipan SST, kalaupun GST masih kekal jumlah masih lebih tinggi.

Subsidi sebesar RM28 bilion hanya jadi uap, tidak dapat membendung harga barangan dan makanan seperti matlamat pemberian subsidi tersebut. Cuba bayangkan jumlah wang sebesar itu, disalurkan pada poket pengguna, ianya boleh memberi impak berkali ganda berbanding hanya berfokuskan pada mereka yang mempunyai kenderaan.

Sebenarnya, isu kenaikkan harga barangan, adalah kisah yang tidak berkesudahan, akan berterusan sampai bila-bila. Menangani harga barangan, hanya boleh dicegah menerusi mekaniseme penawaran dan permintaan, ini kerana dalam pasaran terbuka pertemuan silang antara penawaran dan permintaan menentukan harga. Apabila penawaran melebihi permintaan, lazimnya harga menurun, demikian juga sebaliknya. Atau pengguna dilengkapi dengan disposible income menerusi peningkatan pendapatan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive